Raya di Perantauan

 First time beraya di perantauan. Jauh merentasi Laut Cina Selatan. Borneo, Sarawak here I am.
Tahun ni adalah tahun kedua aku di Universiti Malaysia Sarawak ni.Dan tahun ni aku beraya di sini.Di bumi borneo ini. Macam2 pengalaman hari raya aku rasakan.Bukan setakat pengalaman sambut raya, tapi pengalaman sebulan puasa kat sini gak.

Aku stay dgn sebuah keluarga yg dah anggap aku sebagai keluarga mereka. (Cewah, ayat cam formal giler)


Ramai org yg xtahu Sarawak ni dah maju.Korang ingat ada lagi ke org yg rumah atas pokok, org
pakai cawat semua tu? Ni dah 2015 kot..Xkanlah diorang nak pakai camtu pergi mana2. Tu pakaian tradisi saja. Tradisi nenek moyang diorang dulu.



Ni lah dia pandangan stereotype manusia. Kalau tak tahu atau xsure, jgn memandai. Aku tgk keadaan kat sini sama je dgn kat semenanjung. Tapi adalah jugak perbezaan tu.

Perbezaan yang aku nampak kat sini kebanyakkannya perbezaan menu makanan je. Contohnya kat pasar malam kat semenanjung, menu dia lain. Kita ada burger, kebab, air, kacang, mee rojak, kuih muih tradisional, nasi lemak, pakaian, sayur, ikan, ayam dll. Tapi kalau kat Sarawak ni, majoriti pasar malam dia jual makanan yg cucuk2 kat lidi ; hati panggang, wings panggang, hotdog panggang dan mcam2 lagilah. Tapi bagi aku, aku lebih suka pasar malam kt semenanjung.hehe..

Satu benda yg paling best kat sini, kebanyakkan gerai makan atau restoran cina adalah halal.Sebab tokey dia je cina, pkrja dia Islam. Ada jgk yg tukang masak dia cina, tapi mmg ada sesetengah tempat diorang berniaga tu mmg xboleh jual b*bi dan x boleh pakai alatan masak yg diragui kena bahan2 yang haram..Mmg diorang jaga kebajikan org Islam jgk lah kiranya. Pada yang xtahu, tukang masak cina masak lagi sedap sebenarnya sbb diorg xkedekut, diorang jaga customer, xnak customer lari.Contohnya kalau nak makan Laksa Sarawak yang sedap kat sini, korang carilah tempat yang cina masak.Udang pun diorang pakai udang fresh. (cth tempat makan; Kubah Ria)


Time bulan puasa haritu punyalah teruk aku mengidam nak makan mee rojak macam yg kat semenanjung tu.Kat semenanjung kalau pasar malam atau bazaar, mmg senanglah nk jumpa.TAPI...kat sini punyalah susah nk cari. Kalau ada rojak pun rojak ayam mamak je, xde yg letak mee.Rojak buah ada gak. Tapi aku nak mee rojak yg ada mee kuning pastu ada  ayam gak. Sampai ke sudah aku xjumpa mee rojak tu. Next menu aku mngidam Laksa Penang.Kat sini xramai yg pandai buat Laksa Penang yg sedap. Haritu aku cari Laksa Penang kat bazaar kat batu 7, hampir nk tergelak kat situ gak sebab aku nmpk org tu jual Laksa Penang kuah wrna putih?hahahahahaha...Dia masak xletak cili langsung..OMG... Xpelah..maafkan lah dia,mungkin dia xtahu..hihi..

Dan akhirnya pada hari keberapa puasa ntah, aku jumpa gak lah dgn Laksa Penang yg menawan hati. Korang thu x camne nak tahu Laksa Penang tu best ke x sebelum beli? First, tgk kaler kuah dia. Kuah merah cantik dan tak cair, tp jgn merah manyala sgt.Pastu tgk telo dia.Telo dia letak setengah ke atau telo tu dia potong 4.Aku, kalau tgk telo dia potong 4, terus mindset aku ckp org ni kedekut & kemungkinan besar laksa tu xsedap sebab dia kedekut ikan. Okey, pastu aku akan angkat 1 bungkus dan hidu bau dia.Kalau ada bau bunga kantan, daun kesum, kira ok lah tu. Next step pas hidu aku terus goncang2 slow sbb nk tgk kuah pekat ke x..ckup ikan ke x..kalau macam cair gila je..aku letak balik dan blah..haha Bukan apa, sebab aku xnak kecewa bila dah makan nanti

Tapi klau ibu mengndung yg mngidam, baik beli je, at least baby merasa.Next time carilah kat tempat lain yg lagi sedap..hehe..

Bulan puasa baru ni mmg terasa penat sgt sebab cuaca mmg panasssss giler doe..haha..Tapi aku puasa full tau..opss biasalah pompuan~~

Time raya tu mmg lain macam je rasanya sbab aku raya kat rumah orang.First time kot tak raya dgn family. Sedangkan mereka semua dah berkumpul..Adik beradik semua balik except me...waaaaaaa..
(xpayahlah touching sgt)

Aku cool je, pas call parents and ckp dgn adik beradik semua terubat lah rindu.Paling xdisangka2 baju raya aku termatch dgn baju tema diorang kat sana..haha..Biasalah adik beradik instinct kuat..huhu

Raya kat Sarawak ni yg paling ketara perbezaan dia ialah kalau duduk kat perumahan, mmg xmeriah sgtlah.Sebab perumhan bercampur2 kaum kiri kanan depan belakang penjuru kiri kanan semua bukan melayu, bukan Islam.Ada Cina, Iban, Bidayuh, Melanau(kaum ramai kat Mukah je tapi diorang Islam).

Tapi kalau pegi kampung melayu mmg meriah giler! Jalan kampung yg sempit tu kereta asyik dok lalu lalang. Walaupun diorang just beraya kat rumah,sampai ke malam diorang pakai baju melayu, baju kurung, just tggu kalau2 org dtg beraya agaknya..

Jgn x tahu Sarawak femes dgn kek lapis nya..dan kalau raya tu of coz setiap rumah hidang kek lapis..haha.. kek lapis kan ada byk jenis dan kaler, menarik je tgk..makan pon sodap! Selain kek lapis, minuman yg diorang akan hidang ialahhh.... air gas atau minuman berkabonat. Pelik kan? Tapi tu lah hakikatnya. Majority setiap rumah hidang air gas. Susah nk jumpa rumah yg hidang air sirap ke, sunquick ke, ribena ke..mmg susah.Klau seharian keluar beraya dari pagi sampai malam, mmg penuh perut dgn air gas..haha. Eh, tapikan rendang org sini masak best jgk tau..

1 loaf ni RM10 je.


Menarik kan kaler dia?

Klau ada yg nk dtg melancong ke Sarawak informlah.Aku blh suggest tempat2 menarik, tempat mkn menarik,sedap dan tempat menginap murah2...


Banyak sebenarnya kenangan raya kat Sarawak ni..tapi ini je lah setakat ni.Tgklah tahun depan beraya kat mana.hehe..
Tu je lah nak citer kali ni.


Daa..






Terharu Sampai Rasa Macam Nak Menangis..

The first time I knew her, I could feel that she was a good girl. Of speech, a way of writing and the way she treats her friends made ​​me feel excited and impressed by her attitude. She was willing to abandon her career just to keep her mother who are not well. Her mother was recuperating from cancer of the tongue. Each night she will let her drink milk. So sweet. My Allah, I really feel overwhelmed by her kindness to everyone. If any of her friend got ill, she will be hard to persuade her friend to eat and so on. I was so overwhelmed so much that I almost cried because of all her good deeds. She told me about her problems she and her friend who sulk because she did not want to meet her friend. Actually she does not want to meet with her friend because her friend was engaged. So, she avoided to meet with her friend because she's worried their relationship will be affected..
I just hope she will meet a right person to share her life with. She's 28 if i am not mistaken. She afraid of any serious relationship because she have enough and really tired of serious relationship that ended just like that..
I will always pray for u, i hope u will be happy because u deserve it.

Kami Juara

Alhamdulillah...kepenatan berlatih boria akhirnya berbaloi dengan meraih kejuaraan. Kami majoritinya baru first time join boria dan sgt2 lah gembira sebab menang. Antara 4 kolej yang bertanding dalam Festival Kesenian Inter Kolej tersebut, kami mendapat tempat pertama.. Syukur dan happy sgt. Kumpulam Boria Allamanda meraih emas kedua buat Allamanda. Dan seterusnya kami dijemput untuk membuat beberapa persembahan. 
Wahh..famous sudah..
1) Persembahan penutupan FKIK
2) Persembahan untuk dinner Allamanda
Piala Pusingan Festival Kesenian Inter Kolej ; Piala Sape
bersama piala2 kejuaraan unit- unit yang lain
3) Persembahan sempena karnival jom masuk u di CityONE Megamall Kuching.. OMG

Tapi kami menolak jemputan untuk persembahan di kuching tersebut kerana kami perlu mengubah lirik lagu dan juga steps tari kami..(memang tak lah kan) penat kot nak berlatih steps baru..huhu
Lagi pula sekarang ni ramai yanag sibuk dengan exam mid term dan assignment.No time to practice.. So we decline the offer..cehhh...macam retiss je..

Di CityONE, semua johan bagi setiap pertandingan akan membuat persembahan..Kalau xsalah lah..huhu
Btw..pengalaman berboria bersama geng Allamanda sangat menghiburkan.. Kita dapat kenal lebih ramai org..hehe
miss u all, miss the moment(eating burger b4 practice, Cristina punya suara cakap goyang2~), we gonna perform again yah~












Terasa Sibuk Pula Diri Ini


Bulan ni bulan yang memenatkan..Bukan kerana datang bulan tapi kerana banyak sangat aktiviti yang disertai dan ada juga yang perlu diuruskan. Baru2 ni kami dah berjaya menjalankan program Apartehid Week di sekitar jambatan uhkuwah UNIMAS. Sambil membentang banner untuk di sign kan oleh pelajar yang lalu lalang sebagai tanda sokongan mereka memboikot produk Israel. Kami juga mempamerkan poster2 berkenaan kempen ini..
Program ini bergerak dibawah pimpinan IKRAM SISWA UNIMAS. Disertai ahli2 Ikram Siswa yang majoritinya kawan2 bulan gembira kami yang bergbaung dengan bulatan2 gembira yang lain.

Aktiviti seterusnya yang bakal menghampiri ialah Program Induksi Perstuan Pimbimbing rakan Siswa Unimas iaitu pada 18 Mac.Bertindak sebagai AJK Makanan yg perlu mencari tempat untuk meng order makanan..huhu.. Seterusnya pula Pertandingan Boria sempena Festival Kesenian Inter Kolej (FKIK) pada 20 Mac. Dan pada 28-30 Mac ni pula berlangsungnya sukan kolej... Berkenaan sukan ni, sebagai AJK Bola Tampar terpaksalah uruskan beberapa perkara mengenai pencarian pemain2 dan juga latihan2 yg sepatutnya dijalankan.. Fuhhh...penat2..
Harap2 kepenatan ini berbaloi dengan meraih kemenangan..hehe..Hopefully..Insha Allah..


Gambar yang sempat di abadikan sebagai kenangan kami sempena Israeli Apartheid Week @UNIMAS
















Air Yang Terapung

Air yang terapung? Apa tu? Ayat tu lah yg dah dimonologkan bila first time dengar tajuk tugasan tauhid dari naqibah usrah.hehe.. Lepas dah study kitab Tauhid tu baru lah jelas apa yang dimaksudkan dengan AIR YANG TERAPUNG..
Dengar je ayat air yang terapung semua orang bayangkan air yang terapung diudara. Begitu jugaklah first impression kawan2 usrah ttg air yg terapung ni. Nak tahu tak apa yg dimaksudkan dengan air yang terapung sebenarnya?
Air yang terapung ialahhhhhh...
AWAN!
Hehe..
Awan merupakan wap air yang terapung diudara.. Bila kuantitinya bertambah banyak,awan akan membentuk HUJAN.Air hujan turun kebumi dan menjadi air telaga, air sungai, air mata air dan air dalam tanah.
Air tersebut digunakan sebagai air minuman, untuk tanaman dan juga haiwan ternakan.
#boleh rujuk Surah Az-Zumar : 21

Bukan Raja Sehari Tapi Cikgu Sehari

First time berprogram dengan adik2 sekolah rendah calon UPSR 2014 SK Wira Jaya. Program tersebut bertempat di Kem Muara Tuang.

Berperanan sebagai fasilitator untuk membantu menjalankan aktiviti dalam setiap kumpulan masing2.Inilah kali pertama orang panggil 'cikgu'..hehe Lucu pun ada dengar diorang panggil cikgu.Padahal dah suruh panggil kakak je. Ada sorang adik tu dia cakap "kakak pun ajar kami juga jadi macam cikgu jugaklah.."

Macam2 perangai ada,walaupun kelas lain2 tapi diorang nampak memang rapat.Tak awkward langsung.Mula2 tu ada la yang malu2 kucing, tapi bila dah buat aktiviti dalam kumpulan, semua nampak belangnya..Seronok dengar celoteh diorang..

Tapi kesian diorang .Sebab aktiviti yg diorang buat tu xdiperuntukkan hadiah..Hurmm..kalau bawak gula2 pun xpe sebelum pegi tu.Boleh bagi diorang.Budak2 ni seronok kalau dapat hadiah.Diorang nampak hamper dan hadiah kecik2 diorang tanya untuk sape..Tapi malangnya bukan untuk diorang. Fasi / cikgu diorang dapatlah.hehe..
Dapat mug.Kalau dapat gula2, 'cikgu' dah bagi kat diorang dah.hehe..

Terima kasih adik2.. You all make my day!
Semoga Berjaya dalam UPSR dan jumpa lagi..

Love semua.. Broddy, Joannes, Stephanie, Michelle, Emery, Siti Fairuz, Joel Adam



Terciptalah Suatu Sejarah

Terciptalah suatu sejarah,
Wujudmu di persada negara,
Dibumi kenyalang Bertuah...

eh eh eh..ni lagu UNIMAS lah.. hehe

Anyway Terciptalah Suatu Sejarah adalah tajuk puisi/sajak yang telah mendapat johan dalam Pertandingan Puisi Kolej.. 
Nama puisi diambil sempena lirik first lagu UNIMAS.hehe
Sebenarnya tak sangka langsung dapat menang.Puisi ini ditulis dalam masa yang sangat singkat lebih kurang 20 minit kerana hal2 tertentu. (last minute punye keje la)
Tema puisi ialah perpaduan..
Hayatilah..


Telah terbentang luas sebuah bumi atas kehendak pencipta
Bumi yang dihuni penduduk Melayu pada mulanya
Sejarah tercipta disetiap titisan darah pejuang
Juga titisan darah beserta air mata penghuninya
Demi mempertahankan sebuah Negara tercipta

Sejarah tercipta di setiap ampainya yang berbunga-bunga
Merobek jiwa yang dahagakan kemerdekaan
Meruntun hati setiap insan yang dalam ketakutan
Mereka sedar semua ini dugaan Tuhan
Bersabarlah hati, hanya itu yang mampu mereka monologkan

Zaman hitam itu penjajah datangkan kaum Cina dan India
Untuk meningkatkan ekonomi Malaya
Dan dari situlah bermulanya detik Negara mendapat saudara baru
Ya, mereka tidak sebangsa dengan kita
Tetapi kita semua satu bangsa
Kita bangsa Malaysia

Hari ini bunga yang indah di Malaysia
Kian bertambah indah menjadi Taman Syurga Dunia
Keharmonian hidup bersama tanpa mengira adat dan keturunan
Menyatukan hati mengeratkan perpaduan

Pelbagai kaum di semenanjung Malaysia
Juga di Sabah dan Sarawak begitu asyik bersaudara
Hingga terkadang terlupa perbezaan kita
Ya, kita punya beza
Tetapi beza itu biarlah dipandangan mata cuma
Asalkan hati tetap bersama demi Malaysia


Bukti Sayang Nabi SAW kepada Kita

Daripada Abbas r.a,
Rasulullah bersabda :
"Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW"
Jibril dtang kepadnya membawa seekor Buraq.
Israfil datang membawa bendera dan mahkota.
Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.

Israfil bersuara : "Wahai roh yang baik! Kembalilah ketubuh yang baik"
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula kubur mula terbuka. Pada seruan yang ketiga Rasulullah SAW berdiri, Baginda SAW membuang tanah diatas kepala dan janggut Baginda SAW.
Baginda melihat kanan dan kiri, Baginda dapati tiada lagi bangunan.Baginda menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Baginda SAW bersabda : "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"
Jibril berkata : "Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?"

Baginda SAW bersabda : "Bukan seperti itu pertanyaanku"
Jibril berkata : "Adakah kamu tidak lihat bendera kepujian yang terpacak diatasmu?"

Baginda SAW menjawab : "Bukan seperti itu pertanyaanku"
Lalu Baginda SAW bersabda : "Aku bertanyakan kepadamu tentang umatku.. Dimana perjanjian mereka? Nescaya akan kuatlah pertolonganku pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku."

Jibril menyeru : Wahai sekalian makhluk! Datanglah kamu semua ke tempat perhimpunana yang telah disediakan oleh Allah Taala"
Umat-umat datang dalam keadaan satu-satu kumpulan.
Setiap kali Nabi Muhammad berjumpa satu umat, Baginda SAW akan bertanya "dimana umatku?"
Jibril berkata : "Wahai Muhammad, umatmu adalah umat yang terakhir"

Apabila Nabi Isa a.s datang. Jibril menyeru : Tempatmu!"
Maka Nabi Isa dan Jibril menangis.
Nabi Muhammad SAW bertanya : "Kenapa kamu berdua menangis?"
Jibril berkata : "Bagaimana keadaan umatmu Muhammad?"
Nabi Muhammad bertanya: "Dimana umatku?"
Jibril berkata : "Mereka semua telah datang, mereka berjalan lambat dan perlahan"
Apabila mendengar demikian, Nabi Muhammad menangis lalu bertanya : " Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"
Jibril berkata : " Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!"
Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban diatas belakang mereka sambil menyeru : "Wahai Muhammad!"
Nabi Muhammad SAW bersabda : " Wahai umatku." Mereka berkumpul disisinya. Umat-umatnya menangis.

Allah Taala berfirman didalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi : "Dimana umat Muhammad SAW?"
Jibril berkata : "Mereka adalah sebaik umat"
Allah Taala berfirman : "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."
Jibril kembali dalam keadaan menangis lalu berkata : "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad berpaling kepada umatnya lalu berkata : " Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.

Allah Taala berfirman : "Hari ini Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.Hari ini Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu, dan aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu"
Suara tangisan dan jeritan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru : "Tuhanku,.. Penguasaku.. Penghuluku....! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dari Mu!"

Ketika itu juga neraka jahanam berseru :"Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"
Neraka pula berseru : "Wahai Tuhanku...Penguasaku dan Penghuluku..Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaan! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umay yang lemah. Mereka tidak akan tahan dengan seksaan."
Nabi Muhammad bertambah sedih..Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya.
Sekali, Baginda bersujud dihadapan Arays AllahSWT dan sekali lagi Baginda rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.
Mereka berkata : "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya.
Fatimah r.a bertanya : "Dimana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nati wahai bapaku?"
Baginda menjawab : "Kamu akan menjumpaiku disebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.

Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapat syafaat pada hari kiamat, Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW, dia berkata : "Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka. Suara Mariam telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW.
Nabi Adam berkata kepada Nabi Muhammad : "Ini umatmu wahai Muhammad! Mereka bekeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala..
Nabi Muhammad SAW menjerit diatas mimbar lalu bersabda : "Marilah kepadaku wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku.Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untuk untukmu!"
Umat Nabi Muhammad berkumpul disisinya.

Ketika diatas sirat, Nabi Muhammad bersabda kepada Malaikat Malik : "Wahai Malik,dengan kebenaran Allah Taala keatasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi. Jika tidak hati mereka akan gementar apabila melihatmu."

Nabi Muhammad berhenti diatas titian sirat. Setiap kali Baginda melihat seorang dari umatnya bergayut diatas titian sirat, Baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
Nabi Muhammad SAW berkata "Tuhan! Selamatkanlah mereka! Tuhan! Selamatkanlah mereka!"


SAYANGNYA NABI KEPADA KITA.. KITA?




Sejauh mana cinta kita kepada Nabi?

Assalamualaikum....

Sempena Hari Kelahiran junjungan mulia kita Nabi Muhammad SAW jom sama-sama kita berselawat keatas Nabi kita.

Ingat, orang yang kedekut lagi bakhil itu adalah orang yang malas berselawat keatas Rasulullah.

Kita seringkali menyatakan kita kenal Nabi.Tapi sejauh mana 'kenal' kita tu? Mungkin kalau ditanya beberapa soalan basic tentang Nabi pun kita mungkin masih ragu-ragu atau mungkin terlupa dan tak pasti.Jadi kita mestilah mengenali insan mulia yang begitu sayang kepadanya umatnya ini..

Biodata Nabi Muhammad SAW

Nama :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib

Tarikh Lahir :
Subuh Isnin, 12 Rabiulawwal bersamaan 20 April 571 Masihi Tahun Gajah

Tempat Lahir :
Rumah Abu Talib, Maakatul Mukarramah

Gelaran :
Al-Amin

Pengasuh Pertama :
Ummu Aiman

Ibu Susuan Pertama :
Thuwaibatul Aslamiah

Ibu Susuan Kedua :
Halimah As Saadiah

Isteri-isteri Rasulllah :

  1. Khadijah bt Khuwailid
  2. Aisyah bt Abu Bakar
  3. Hafsah bt Umar
  4. Ummi Habibah bt Abu Sufyan
  5. Hindun bt Umaiyah
  6. Saudah bt Zam'ah
  7. Zainab bt Jahsy
  8. Zainab bt Khuzaimah
  9. Maimunah bt Harith
  10. Safiyah bt Huyai
Anak-anak Rasulullah :
  1. Qassim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al Zahra'
Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)

Marilah sama-sama kita semarakkan sambutan Maulidur Rasul 1435H..Semoga rasa cinta kitakepada Rasulullah sentiasa berpanjangan dan bukan sekadar sambutan pada hari kelahiran Baginda sahaja..Ingatlah, kita ni umat Nabi, Nabi pun sayang kita kenapa kita tak boleh nak sayang Nabi? Nabi pun akan berikan syafaat pada kita di padang masyar nanti..



I LOVE RASUL..

Setiap Amalan Bergantung kepada Niat

Assalamualaikum..

Entry kali ni nak share tentang Hadis 1 berkenaan niat..-seperti tajuk diatas lah..hehe

Actually terlintas nak share pasal Hadis ni sebab banyak kali Cik Nilam dengar dan pernah diminta untuk menghafalnya oleh my Naqibah usrah..Then Cik Nilam pernah juga join Mukhayam atau bahasa melayunya perkhemahan yang meminta para peserta untuk menghafal hadis tersebut.

Teruskan membaca supaya mendapat manfaat dari hadis ini..



Intisari Hadis :

1. Seseorang itu tidak boleh berhajat untuk melakukan sesuatu perbuatan kecuali dia mengetahui hukumnya

2. Niat itu tidak boleh diwakilkan. -(maksudnya, pelaku atau orang itu sendiri yang mesti berniat

3. Pekerjaan seseorang itu tidak sah apabil tidak disertakan dengan niat dan semua pekerjaan yanag tidak disertakan niat itu tidak sah

4.Tidak boleh berniat dalam semua ibadah kecuali apabila ibadah itu disyariatkan

5.Keutamaan hijrah dari negeri-negeri orang-orang Musyrik ke negeri orang-orang muslim demi mencari keredhaan Allah SWT atau berhijrah dari negeri yang penduduknya yang bermaksiat ke negeri yang penduduknya bebas dari maksiat

6. Ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah dan berwaspada dari sikap riak

7. Niat itu tempatnya dihati.Adapun melafazkan (mengucapkan) niat di lisan atau mulut itu tidak ada tuntutan syariat.


Tafsir Hadis :

Hadis ini merupakan salah satu prinsip dalam agama Islam, di mana berlandaskan prinsip itu Islam berdiri tegak.

Rasulullah saw telah menyatakan di dalam hadis ini yang bermaksud semua perbuatan yang disyariatkan Islam memerlukan kepada kewujudan atau lafaz niat.Semua perkataan dan perbuatan setiap mukmin tidak sah dan tidak diterima tanpa ada niat.Ini kerana niat merupakan dasar dan ukuran bagi setiap perbuatan , perlakuan dan perkataan.

Setiap perbuatan itu dinilai baik selagimana niatnya baik dan sebaliknya setiap perbuatan itu dinilai buruk selagi mana niatnya itu buruk.Maka apabila mengikut tuntutan syariat,maka perbuatan itu diterima.*

Sebagai contoh, seseorang yang berhijrah dari negeri bukan Muslim ke negeri Muslim, demi cintanya kepada Allah dan Islam, maka orang itu memperoleh balasan sesuai dengan niatnya.Apabila maksud dan tujuannya adalah berkaitan dengan hal-hal duniawi, seperti untuk mencari harta dan kekayaan atau untuk memperisterikan seseorang wanita, maka balasannya adalah harta benda atau isteri yang diinginkannya itu.**

Allah SWT Maha Mengetahui segala rahsia tersembunyi dan Dia juga Maha Rahsia.Allah akan memberi balasan kepada setiap pelaku perbuatan tersebut.Apabila perbuatan itu baikmaka balasannya juga baik.Tetapi jika sebaliknya, maka buruklah balasan yang diterima.

*Seperti perbuatan baikdengan niat buruk atau perbuatan buruk dengan niat baik, atau nitnya baik tetapi perbuatan itu tidak disyariatkan semuanya sama sahaja yakni tidk diterima.

**Iaitu dia tidak mendapat balasan pahala berhijrah.




Ni ada videoclip lagu Hijrah by Muadz. This song is related to the hadis.It is a very nice song with multiple language. Malay,English and Arabic.. Please enjoy..
Pssttt..kalau selalu dengar boleh terhafal tau..best pun best..hehe






Rujukan : Hadis 40 Imam An-Nawawi susunan Mohd Aiman Az Zuhairi
Gambar credit to encik Google
Videoclip credit to Youtube.. ^_^




Resepi Aiskrim Goreng

Assalamualaikum..

Nak tahu tak cara buat aiskrim goreng? Jom baca..

Bahan-bahan resepi aiskrim goreng mudah jerr;
1 buku roti putih
1 bekas aiskrim
1 gelas (bentuk permukaan bulat & saiz lebih kecil dari saiz lebar roti)

buat resepi aiskrim goreng mudah jerr;
1. Letak satu keping roti putih di atas pinggan.(penyek2 sikit roti tu.supaya xserap minyak masa goreng nanti)
2. Letakkan satu sudu aiskrim di tengah2 roti tadi.
3. Tutup roti & aiskrim tersebut dengan sekeping lagi roti diatasnya.
4. Make sure tekan sikit pada roti supaya ianya rapat dan aiskrim berada ditengah2 roti.
5. Amik gelas, letakkan atas roti & tekan sehingga terputus roti di tepinya
6. Ketepikan tepi kulit lebihan roti dan simpan roti+ aiskrim ke dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam sebelum goreng.
7. Goreng aiskrim goreng dengan menggunakan minyak yang panas & goreng sehingga nampak warna roti kekuningan.
**
dah nampak kekuningan terus angkat.. jangan biar lama, nanti aiskrim dalam roti cair.

Abu Ubaidah Al-Jarrah


Abu Ubaidah Al-Jarrah atau nama sebenarnya Amir ibn Abdullah ibn Al-Jarrah salah seorang Muhajirin yang hadir semasa saqifah Bani Sa'ad. Dia berasal dari kaum Quraisy, suku al-Harith ibn Fihr. Abu Ubaidah merupakan antara sahabat Rasulullah yang terawal. Dia merupakan antara sahabat yang berhijrah ke Habsyah dan kemudian ke Madinah.

Kelebihan Beliau

Hadis Nabi mengenai kelebihan

"Setiap umat ada penjaga amanahnya dan penjaga amanah bagi umatku adalah Abu Ubaidah Al-Jarrah"

"Tiga orang yang paling terkemuka dalam suku Quraisy memiliki sifat yang terbaik dan paling sederhana. Mereka adalah Abu Bakar, Uthman bin Affan dan Abu Ubaidah Al-Jarrah"


Salah seorang sahabat Nabi iaitu Khalid Al-Walid segan dan kagum akan kehebatan dan karisma beliau.Sehinggakan dalam peperangan menentang Rom  Byzantine, sewaktu proses penyerahan tugas dari Abu Ubaidah kepada Khalid Al-Walid, Khalid berkata :

"Demi Allah, kalau tidak kerana mematuhi rahan khalifah, aku tidak akan memerintahkan kamu ataupun berada diatas kamu. Emgkau lebihmulia dari aku. Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang sahabat Nabi. Tapi kamu adalah yang hormati. Kamulah yang baginda panggil 'Penjaga Amanah Umat'."

Begitu juga dengan Umar. Ketika para sahabat berselisih pendapat mengenai rombongan ke Amawas ketika berlakunya wabak taun, Abu Ubaidah berkata kepada Umar : 

"Wahai Umar, apakah kamu mahu lari dari takdir Allah?"

Umar merenung wajah Abu Ubaidah kerana berasa segan dengan teguran dan karisma Abu Ubaidah mengatakan:

"Sekiranya ada orang lain yang mengatakan perkara itu selain daripada kau wahai Abu Ubaidah, ya. Aku lari dari takdir Allah untuk pergi kepada takdir Allah yang lain."

Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Abu Ubaidah merupakan antara calon pilihan Abu Bakar untuk menjadi khalifah bersama Umar. Namun umat Islam ketika itu sepakat untuk memilih Abu Bakar sebagai Khalifah Rasulullah yang pertama.

Beliau juga dikenali oleh orang Islam dan Yahudi Madinah pada ketika itu sbagai perunding dan pembuat keputusan yang terbaik di kalangan para sahabat.



Download kalendar 2014 free!

Asalamualaikum.. lai lai lai..

Tahu tak, manusia yang bijak itu yang sentiasa merancang perjalanan hidupnya..

Jadi....., Cik Nilam nak share link kalendar 2014..hehe

Bukan apa, selalunya oang akan buat kalendar ni sendiri especially student u..Cik Nilam pun sama jgk..
Untuk tidak membuang masa kita yang sangat precious ni, kan boleh ambil jalan mudah yang dah ada kat depan mata..
So,just click dan boleh la pilih kalendar mana yang korang nak..
Pastu download, print, tampal kat bilik..ok?

http://www.printable2014calendars.com/

Bismillah 5 penawar segala jenis penyakit...

Assalamualaikum...

Entry kali ni nak share sikit tentang Bismillah 5..
Teruskan membaca ye..hehe

Manfaat :

Terlalu banyak manfaat jika membaca Bismillah 5 ni.Tetapi secara keseluruhannya boleh menjadi penawar kepada semua jenis penyakit  & rasa bisa pada tubuh badan samada yang diketahui puncanya atau tidak juga boleh sembuh dengan izin Allah..

Kaifiat / cara :

Letakkan tangan ditempat yang sakit, tarik nafas dan baca Bismillah 5 sebanyak 7 kali. Kemudian tiup pada tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula pada air.

Jika tempat sakit itu tidak boleh diletakkan tangan, sebab sakit atau payah untuk letakkannya, boleh letakkan tangan di anggota lain dengan fokus hati yang tinggi dan anggaplah / bayangkan anggota tersebut dengan tempat yang sakit.

credit to - Perubatan Syifa Al-Ikhlas


Puisi terindah hari ini

Assalamualaikum..
Meh lah baca puisi yang indah lagi sadis dan tragis ini..

Pagi yang indah ku bangkit dan terus ditemani laptop kesayangan,
Kami berdua bersama-sama menelaah nota,
Didalam suram cahaya kami setia bersama,(xbuka lampu sbb roomate tido)
Setiap bait kata ku teliti dan fahami,
Untukku luahkan di kertas exam Psikologi Kognitif nanti,

Masa berlalu tanpa disedari,
Akhirnya tiba untukku mandi,
Kena sedari pagi lagi ku terasa diriku masih wangi,(hehe..perasan)
Lantasku gagahkan kaki melangkah ke bilik mandi,
Kerana bimbang pula ada yang pengsan waktu exam nanti,

Ku bersiap pantas untuk ke dewan exam,
Kerana khuatir terlewat sampai,
Ku berjalan ke dewan exam yang jauh lagi memenatkan itu,
Kulihat banjiran manusia disitu,
Lama ku tunggu tetapi masih tiada arahan untuk masuk,

Akhirnya seorang lecturer disitu bersuara,
Ku terdiam, termangu, terpana, terpina, terbinar, terbengang, terbengkek disitu,
Kerana exam tersebut ditunda,
Ditunda kerana clash tempat exam dengan fakulti lain,

Oh...goramnyo den raso..ponek den study ha..
Subjek esok pun den tak baco lagi..
Takpolah.ado lah hikmahnyo kan..
Lopeh tu den balik bilik lah apo laie nak buek..

Balik je bilik ada info kat FB pasal tarikh yang ditunda tu..esok malam..So esok ada 2 exam lah..Pagi dan malam..

Itulah dia perancangan Allah.Kita tak pernah tahu apa yang akan jadi.Macam mana baik dan teraturnya perancangan manusia tu kalau Allah berkehendak yang lain, lain lah jadinya..So, think positif ada hikmah setiap apa yang jadi tu kan..

Dah nampak 2 hikmahnya:
1) Dapat study lama sikit untuk subjek pagi esok..Introduction to Linguistic Analysis.
2) Dapat lah kawan Cik Nilam sorang tu makan tengah hari dia awal sikit.Sebab lepas dapat tahu exam tunda tu terus je balik ajak dia pegi makan.(kalau x, x tahu lah sampai pkul brapa dia nak biarkan perut dia bergendang lagu rock tu..huhu..poyo je- padahal boleh je dia beli sendiri.. :p )

Sentiasa ucapkan syukur..Alhamdulillah..Thanks Allah..I love u Allah..
Daa..



Tips to study more effectively

Assalamualaikum... hai olls..

Meh nak share sikit ilmu belajar Cognitive Psychology..

Tips to study more effectively

1) Elaborate : Asking and questioning yourself about thing u  studying.

2) Organize : Relate the information to another information to make it more meaningful.

3) Associate : Associate what u have learnt to what u already know.

4) Take study breaks : Study in a number of shorter study sessions.

5) Matching learning and testing conditions : Study at number of different places to find the most suitable conditions that suits u.

STUDY STUDY..JANGAN MALAS..hehe



Gud luck final exam kawan2 ku..

Assalamualaikum dunia....

Gud luck exam kawan2.. Miss u olls..

Kawan2 dari SK Pandan Kuantan, MRSM Pasir Tumboh, SMK Paya Besar, Matrikulasi Negeri Sembilan(MF1P5 & S2AP5), PLKN Hijrah Penor, UNIMAS dan semua kenalan...

Er..rasanya kawan2 plkn tak terlibat dgn final exam kot..mungkin lah ada, tapi sebab Cik Nilam tak sebaya dengan kawan2 plkn ni..Sebab Cik Nilam tunda g plkn tuh..Pegi lepas matrik...huhu
Anyway gud luck in everything k...Thanks semua yang penah hadir memberi dan mengajar pahit maung dan masam manis hidup pada Cik Nilam.. I learnt a lot..!
Daaa..









Asal nak study je rasa mengantuk?

Assalamualaikum..hai...

Minggu study, minggu exam ni kadang2 stress jgk.So kena lah do something yg blh ceriakan sikit hari kita.. Jangan asyik mengantuk je kalau pegang buku..(baru pegang je, belum bukak lagi tp mesti dah nagntuk..)Biasa lah tu kan.. Kena betulkan mindset kot.. Mengantuk ada beberapa sebab:

1) tak cukup tido
2) terlebih tido
3) tak cukup oksigen dalam otak
4) otak rasa bosan
dan sebagainya..

Cik Nilam sarankan cuba jangan biarkan diri kita bosan sebab otak cepat bosan kalau asyik mengadap benda sama je.Especially kalau korang punya nota/ buku tu warnanya dull.Tak menarik langsung! Tau x, otak suka benda yg warna-warni..otak suka gambar2..Jadi, advantage kat situ kalau korang pndai melukis.Kalau xpandai cam Cik Nilam ni pun boleh gak try2 lukis org lidi pun jadilah..Buruk xpe sebab sendiri mau baca jugak itu nota..huhu.. And lagi 1 otak suka 'bermula dari tengah'.Maksudnya kalau buat mind map tu kena start tajuk letak tengah2, then cabang2 utk tajuk2 kecik..Anyway benda ni menjadi tau sebenarnya..Depends atas korang rajin nk buat ke tak je.. Kalau nak tambah oksigen tu kena minum air masak je..Dalam air kan ada H20..kan kan kan?
So..do it!! Daaaa..Salam sejahtera keatas kamu..

Rasa benci?

Assalamualaikum hai hai hai..!!! (excited terlebih)

Al maklumlah first entry kan, mmg lah ter excited sikit.(harap dimaafkan.huhu).. Sempena tahun baru 2014 ni Cik Nilam nak share sikit kisahnya tentang benci.
Beberapa minggu yang lepas, ada seorang housemate 'kesayangan' ni bermasam muka dgn Cik Nilam lepas ditegur pasal bekas tupperware nya yg ditinggalkan x dibasuh.Cik Nilam tgur baik2 n dgn suara yg begitu merdu dan lemah lembut bak suara Siti Nurhaliza gitu.TAPI...dia ni sentap sampai sekarang. Dia terus diam, masam muka, xtegur Cik Nilam dah..Then, 1 hari tu..(terjadilah perbualan kami)

Si Polan :Awk ada masalah dgn saya ke?
Cik Nilam : Xde..awak ada masalah ke dgn saya?
Si Polan : Ada..saya benci awk.BENCI SANGAT2..(sambil dia buat muka n mata..rasa cam nk korek je mata tu..ish)
Cik Nilam : Kenapa benci?
Si Polan : Awak xtahu ke?
Cik Nilam : Memang xtahu..bagitahulah
Si Polan : Betul2 xtahu?
Cik Nilam : Ntah..xtahu kot..xtahulah..bagitahu je lah..
Si Polan : Xtahu ke buat2 xtahu....
Cik Nilam : Sebab xtahu lah org suruh bagitahu..Awak xbgthu macam mana saya nak tahu..
.........................
Then kami sambung buat keja masing2.. Cik Nilam rasa pelik jugak, xkanlah sebab tegur pasal xbasuh bekas pun dia nak berangin sampai macam tu.Cik Nilam terfikir gak ada ke buat salah lain kat dia..Rasanya xde.(dlm hati: org lain ok je dgn aku.roomate aku pun ok je.kau pulak lelebih.kau tu housemate je pun.bukan hari2 nampak, bukan slalu sembang) Walaupun kitorang ni xgaduh or perang besar, tapi terguris sedikit dihati Cik Nilam ni..sebab ada org benci kite kan..xkan xterasa pape kot..Dan hubungan kami(cehh,,hubungan kami~) terus dingin.Xbertegur walau berselisih atau duduk sesame kat ruang tamu..
Hari demi hari berlalu, perasaan terguris tu mmg terkesanlah jgk kt hati ni..sehinggalah terbaca 1 post di FB ustazah Fatimah Syarha iaitu seorang penulis novel islamik dan juga pakar motivasi tentang rasa benci..


Apabila ada orang membenci kita, 
itu masalah orang.

Bukan masalah kita.

Wujudkah manusia di dunia ini yang tidak dibenci oleh kelompok tertentu?

Masalah kita ialah...
apabila kita ada menyimpan 'benci' pada sesiapa,
tanpa sebab yang patut.

Bimbang,
kebenciaan itu menyebabkan kita 'bermasalah' di sisi Allah.


Housemate Cik Nilam tu baik, rajin solat jemaah kat surau, pakaian labuh litup..Tapi dia cepat marah dan baran.(dia sendiri pernah bagitahu time kitorang ok dulu)Dan tapi tapi tapi...kiranya rasa benci dia tu masalah dia dengan Allah lah kan? Alhamdulillah..lega lepas baca post ustazah Fatimah Syarha tu.. Cik Nilam nak mulakan tahun baru dengan semuanya okey, tapi xsangka ada orang benci..huhu..Allah, tuntunlah hatiku..Amin..





Newbie here..

Assalamualaikum..Saya amatur blogger.. ^_^
Tiny Rainbow