Abu Ubaidah Al-Jarrah


Abu Ubaidah Al-Jarrah atau nama sebenarnya Amir ibn Abdullah ibn Al-Jarrah salah seorang Muhajirin yang hadir semasa saqifah Bani Sa'ad. Dia berasal dari kaum Quraisy, suku al-Harith ibn Fihr. Abu Ubaidah merupakan antara sahabat Rasulullah yang terawal. Dia merupakan antara sahabat yang berhijrah ke Habsyah dan kemudian ke Madinah.

Kelebihan Beliau

Hadis Nabi mengenai kelebihan

"Setiap umat ada penjaga amanahnya dan penjaga amanah bagi umatku adalah Abu Ubaidah Al-Jarrah"

"Tiga orang yang paling terkemuka dalam suku Quraisy memiliki sifat yang terbaik dan paling sederhana. Mereka adalah Abu Bakar, Uthman bin Affan dan Abu Ubaidah Al-Jarrah"


Salah seorang sahabat Nabi iaitu Khalid Al-Walid segan dan kagum akan kehebatan dan karisma beliau.Sehinggakan dalam peperangan menentang Rom  Byzantine, sewaktu proses penyerahan tugas dari Abu Ubaidah kepada Khalid Al-Walid, Khalid berkata :

"Demi Allah, kalau tidak kerana mematuhi rahan khalifah, aku tidak akan memerintahkan kamu ataupun berada diatas kamu. Emgkau lebihmulia dari aku. Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang sahabat Nabi. Tapi kamu adalah yang hormati. Kamulah yang baginda panggil 'Penjaga Amanah Umat'."

Begitu juga dengan Umar. Ketika para sahabat berselisih pendapat mengenai rombongan ke Amawas ketika berlakunya wabak taun, Abu Ubaidah berkata kepada Umar : 

"Wahai Umar, apakah kamu mahu lari dari takdir Allah?"

Umar merenung wajah Abu Ubaidah kerana berasa segan dengan teguran dan karisma Abu Ubaidah mengatakan:

"Sekiranya ada orang lain yang mengatakan perkara itu selain daripada kau wahai Abu Ubaidah, ya. Aku lari dari takdir Allah untuk pergi kepada takdir Allah yang lain."

Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Abu Ubaidah merupakan antara calon pilihan Abu Bakar untuk menjadi khalifah bersama Umar. Namun umat Islam ketika itu sepakat untuk memilih Abu Bakar sebagai Khalifah Rasulullah yang pertama.

Beliau juga dikenali oleh orang Islam dan Yahudi Madinah pada ketika itu sbagai perunding dan pembuat keputusan yang terbaik di kalangan para sahabat.



No comments:

Post a Comment

Tiny Rainbow