Bukti Sayang Nabi SAW kepada Kita

Daripada Abbas r.a,
Rasulullah bersabda :
"Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW"
Jibril dtang kepadnya membawa seekor Buraq.
Israfil datang membawa bendera dan mahkota.
Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.

Israfil bersuara : "Wahai roh yang baik! Kembalilah ketubuh yang baik"
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula kubur mula terbuka. Pada seruan yang ketiga Rasulullah SAW berdiri, Baginda SAW membuang tanah diatas kepala dan janggut Baginda SAW.
Baginda melihat kanan dan kiri, Baginda dapati tiada lagi bangunan.Baginda menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Baginda SAW bersabda : "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"
Jibril berkata : "Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?"

Baginda SAW bersabda : "Bukan seperti itu pertanyaanku"
Jibril berkata : "Adakah kamu tidak lihat bendera kepujian yang terpacak diatasmu?"

Baginda SAW menjawab : "Bukan seperti itu pertanyaanku"
Lalu Baginda SAW bersabda : "Aku bertanyakan kepadamu tentang umatku.. Dimana perjanjian mereka? Nescaya akan kuatlah pertolonganku pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku."

Jibril menyeru : Wahai sekalian makhluk! Datanglah kamu semua ke tempat perhimpunana yang telah disediakan oleh Allah Taala"
Umat-umat datang dalam keadaan satu-satu kumpulan.
Setiap kali Nabi Muhammad berjumpa satu umat, Baginda SAW akan bertanya "dimana umatku?"
Jibril berkata : "Wahai Muhammad, umatmu adalah umat yang terakhir"

Apabila Nabi Isa a.s datang. Jibril menyeru : Tempatmu!"
Maka Nabi Isa dan Jibril menangis.
Nabi Muhammad SAW bertanya : "Kenapa kamu berdua menangis?"
Jibril berkata : "Bagaimana keadaan umatmu Muhammad?"
Nabi Muhammad bertanya: "Dimana umatku?"
Jibril berkata : "Mereka semua telah datang, mereka berjalan lambat dan perlahan"
Apabila mendengar demikian, Nabi Muhammad menangis lalu bertanya : " Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"
Jibril berkata : " Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!"
Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban diatas belakang mereka sambil menyeru : "Wahai Muhammad!"
Nabi Muhammad SAW bersabda : " Wahai umatku." Mereka berkumpul disisinya. Umat-umatnya menangis.

Allah Taala berfirman didalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi : "Dimana umat Muhammad SAW?"
Jibril berkata : "Mereka adalah sebaik umat"
Allah Taala berfirman : "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."
Jibril kembali dalam keadaan menangis lalu berkata : "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad berpaling kepada umatnya lalu berkata : " Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.

Allah Taala berfirman : "Hari ini Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.Hari ini Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu, dan aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu"
Suara tangisan dan jeritan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru : "Tuhanku,.. Penguasaku.. Penghuluku....! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dari Mu!"

Ketika itu juga neraka jahanam berseru :"Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"
Neraka pula berseru : "Wahai Tuhanku...Penguasaku dan Penghuluku..Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaan! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umay yang lemah. Mereka tidak akan tahan dengan seksaan."
Nabi Muhammad bertambah sedih..Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya.
Sekali, Baginda bersujud dihadapan Arays AllahSWT dan sekali lagi Baginda rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.
Mereka berkata : "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya.
Fatimah r.a bertanya : "Dimana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nati wahai bapaku?"
Baginda menjawab : "Kamu akan menjumpaiku disebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.

Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapat syafaat pada hari kiamat, Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW, dia berkata : "Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka. Suara Mariam telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW.
Nabi Adam berkata kepada Nabi Muhammad : "Ini umatmu wahai Muhammad! Mereka bekeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala..
Nabi Muhammad SAW menjerit diatas mimbar lalu bersabda : "Marilah kepadaku wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku.Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untuk untukmu!"
Umat Nabi Muhammad berkumpul disisinya.

Ketika diatas sirat, Nabi Muhammad bersabda kepada Malaikat Malik : "Wahai Malik,dengan kebenaran Allah Taala keatasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi. Jika tidak hati mereka akan gementar apabila melihatmu."

Nabi Muhammad berhenti diatas titian sirat. Setiap kali Baginda melihat seorang dari umatnya bergayut diatas titian sirat, Baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
Nabi Muhammad SAW berkata "Tuhan! Selamatkanlah mereka! Tuhan! Selamatkanlah mereka!"


SAYANGNYA NABI KEPADA KITA.. KITA?




No comments:

Post a Comment

Tiny Rainbow