Sejauh mana cinta kita kepada Nabi?

Assalamualaikum....

Sempena Hari Kelahiran junjungan mulia kita Nabi Muhammad SAW jom sama-sama kita berselawat keatas Nabi kita.

Ingat, orang yang kedekut lagi bakhil itu adalah orang yang malas berselawat keatas Rasulullah.

Kita seringkali menyatakan kita kenal Nabi.Tapi sejauh mana 'kenal' kita tu? Mungkin kalau ditanya beberapa soalan basic tentang Nabi pun kita mungkin masih ragu-ragu atau mungkin terlupa dan tak pasti.Jadi kita mestilah mengenali insan mulia yang begitu sayang kepadanya umatnya ini..

Biodata Nabi Muhammad SAW

Nama :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib

Tarikh Lahir :
Subuh Isnin, 12 Rabiulawwal bersamaan 20 April 571 Masihi Tahun Gajah

Tempat Lahir :
Rumah Abu Talib, Maakatul Mukarramah

Gelaran :
Al-Amin

Pengasuh Pertama :
Ummu Aiman

Ibu Susuan Pertama :
Thuwaibatul Aslamiah

Ibu Susuan Kedua :
Halimah As Saadiah

Isteri-isteri Rasulllah :

  1. Khadijah bt Khuwailid
  2. Aisyah bt Abu Bakar
  3. Hafsah bt Umar
  4. Ummi Habibah bt Abu Sufyan
  5. Hindun bt Umaiyah
  6. Saudah bt Zam'ah
  7. Zainab bt Jahsy
  8. Zainab bt Khuzaimah
  9. Maimunah bt Harith
  10. Safiyah bt Huyai
Anak-anak Rasulullah :
  1. Qassim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al Zahra'
Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)

Marilah sama-sama kita semarakkan sambutan Maulidur Rasul 1435H..Semoga rasa cinta kitakepada Rasulullah sentiasa berpanjangan dan bukan sekadar sambutan pada hari kelahiran Baginda sahaja..Ingatlah, kita ni umat Nabi, Nabi pun sayang kita kenapa kita tak boleh nak sayang Nabi? Nabi pun akan berikan syafaat pada kita di padang masyar nanti..



I LOVE RASUL..

No comments:

Post a Comment

Tiny Rainbow