Setiap Amalan Bergantung kepada Niat

Assalamualaikum..

Entry kali ni nak share tentang Hadis 1 berkenaan niat..-seperti tajuk diatas lah..hehe

Actually terlintas nak share pasal Hadis ni sebab banyak kali Cik Nilam dengar dan pernah diminta untuk menghafalnya oleh my Naqibah usrah..Then Cik Nilam pernah juga join Mukhayam atau bahasa melayunya perkhemahan yang meminta para peserta untuk menghafal hadis tersebut.

Teruskan membaca supaya mendapat manfaat dari hadis ini..



Intisari Hadis :

1. Seseorang itu tidak boleh berhajat untuk melakukan sesuatu perbuatan kecuali dia mengetahui hukumnya

2. Niat itu tidak boleh diwakilkan. -(maksudnya, pelaku atau orang itu sendiri yang mesti berniat

3. Pekerjaan seseorang itu tidak sah apabil tidak disertakan dengan niat dan semua pekerjaan yanag tidak disertakan niat itu tidak sah

4.Tidak boleh berniat dalam semua ibadah kecuali apabila ibadah itu disyariatkan

5.Keutamaan hijrah dari negeri-negeri orang-orang Musyrik ke negeri orang-orang muslim demi mencari keredhaan Allah SWT atau berhijrah dari negeri yang penduduknya yang bermaksiat ke negeri yang penduduknya bebas dari maksiat

6. Ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah dan berwaspada dari sikap riak

7. Niat itu tempatnya dihati.Adapun melafazkan (mengucapkan) niat di lisan atau mulut itu tidak ada tuntutan syariat.


Tafsir Hadis :

Hadis ini merupakan salah satu prinsip dalam agama Islam, di mana berlandaskan prinsip itu Islam berdiri tegak.

Rasulullah saw telah menyatakan di dalam hadis ini yang bermaksud semua perbuatan yang disyariatkan Islam memerlukan kepada kewujudan atau lafaz niat.Semua perkataan dan perbuatan setiap mukmin tidak sah dan tidak diterima tanpa ada niat.Ini kerana niat merupakan dasar dan ukuran bagi setiap perbuatan , perlakuan dan perkataan.

Setiap perbuatan itu dinilai baik selagimana niatnya baik dan sebaliknya setiap perbuatan itu dinilai buruk selagi mana niatnya itu buruk.Maka apabila mengikut tuntutan syariat,maka perbuatan itu diterima.*

Sebagai contoh, seseorang yang berhijrah dari negeri bukan Muslim ke negeri Muslim, demi cintanya kepada Allah dan Islam, maka orang itu memperoleh balasan sesuai dengan niatnya.Apabila maksud dan tujuannya adalah berkaitan dengan hal-hal duniawi, seperti untuk mencari harta dan kekayaan atau untuk memperisterikan seseorang wanita, maka balasannya adalah harta benda atau isteri yang diinginkannya itu.**

Allah SWT Maha Mengetahui segala rahsia tersembunyi dan Dia juga Maha Rahsia.Allah akan memberi balasan kepada setiap pelaku perbuatan tersebut.Apabila perbuatan itu baikmaka balasannya juga baik.Tetapi jika sebaliknya, maka buruklah balasan yang diterima.

*Seperti perbuatan baikdengan niat buruk atau perbuatan buruk dengan niat baik, atau nitnya baik tetapi perbuatan itu tidak disyariatkan semuanya sama sahaja yakni tidk diterima.

**Iaitu dia tidak mendapat balasan pahala berhijrah.




Ni ada videoclip lagu Hijrah by Muadz. This song is related to the hadis.It is a very nice song with multiple language. Malay,English and Arabic.. Please enjoy..
Pssttt..kalau selalu dengar boleh terhafal tau..best pun best..hehe






Rujukan : Hadis 40 Imam An-Nawawi susunan Mohd Aiman Az Zuhairi
Gambar credit to encik Google
Videoclip credit to Youtube.. ^_^




No comments:

Post a Comment

Tiny Rainbow