Bukti Sayang Nabi SAW kepada Kita

Daripada Abbas r.a,
Rasulullah bersabda :
"Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW"
Jibril dtang kepadnya membawa seekor Buraq.
Israfil datang membawa bendera dan mahkota.
Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.

Israfil bersuara : "Wahai roh yang baik! Kembalilah ketubuh yang baik"
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula kubur mula terbuka. Pada seruan yang ketiga Rasulullah SAW berdiri, Baginda SAW membuang tanah diatas kepala dan janggut Baginda SAW.
Baginda melihat kanan dan kiri, Baginda dapati tiada lagi bangunan.Baginda menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Baginda SAW bersabda : "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"
Jibril berkata : "Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?"

Baginda SAW bersabda : "Bukan seperti itu pertanyaanku"
Jibril berkata : "Adakah kamu tidak lihat bendera kepujian yang terpacak diatasmu?"

Baginda SAW menjawab : "Bukan seperti itu pertanyaanku"
Lalu Baginda SAW bersabda : "Aku bertanyakan kepadamu tentang umatku.. Dimana perjanjian mereka? Nescaya akan kuatlah pertolonganku pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku."

Jibril menyeru : Wahai sekalian makhluk! Datanglah kamu semua ke tempat perhimpunana yang telah disediakan oleh Allah Taala"
Umat-umat datang dalam keadaan satu-satu kumpulan.
Setiap kali Nabi Muhammad berjumpa satu umat, Baginda SAW akan bertanya "dimana umatku?"
Jibril berkata : "Wahai Muhammad, umatmu adalah umat yang terakhir"

Apabila Nabi Isa a.s datang. Jibril menyeru : Tempatmu!"
Maka Nabi Isa dan Jibril menangis.
Nabi Muhammad SAW bertanya : "Kenapa kamu berdua menangis?"
Jibril berkata : "Bagaimana keadaan umatmu Muhammad?"
Nabi Muhammad bertanya: "Dimana umatku?"
Jibril berkata : "Mereka semua telah datang, mereka berjalan lambat dan perlahan"
Apabila mendengar demikian, Nabi Muhammad menangis lalu bertanya : " Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"
Jibril berkata : " Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!"
Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban diatas belakang mereka sambil menyeru : "Wahai Muhammad!"
Nabi Muhammad SAW bersabda : " Wahai umatku." Mereka berkumpul disisinya. Umat-umatnya menangis.

Allah Taala berfirman didalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi : "Dimana umat Muhammad SAW?"
Jibril berkata : "Mereka adalah sebaik umat"
Allah Taala berfirman : "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."
Jibril kembali dalam keadaan menangis lalu berkata : "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad berpaling kepada umatnya lalu berkata : " Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.

Allah Taala berfirman : "Hari ini Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.Hari ini Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu, dan aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu"
Suara tangisan dan jeritan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru : "Tuhanku,.. Penguasaku.. Penghuluku....! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dari Mu!"

Ketika itu juga neraka jahanam berseru :"Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"
Neraka pula berseru : "Wahai Tuhanku...Penguasaku dan Penghuluku..Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaan! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umay yang lemah. Mereka tidak akan tahan dengan seksaan."
Nabi Muhammad bertambah sedih..Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya.
Sekali, Baginda bersujud dihadapan Arays AllahSWT dan sekali lagi Baginda rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.
Mereka berkata : "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya.
Fatimah r.a bertanya : "Dimana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nati wahai bapaku?"
Baginda menjawab : "Kamu akan menjumpaiku disebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.

Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapat syafaat pada hari kiamat, Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW, dia berkata : "Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka. Suara Mariam telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW.
Nabi Adam berkata kepada Nabi Muhammad : "Ini umatmu wahai Muhammad! Mereka bekeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala..
Nabi Muhammad SAW menjerit diatas mimbar lalu bersabda : "Marilah kepadaku wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku.Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untuk untukmu!"
Umat Nabi Muhammad berkumpul disisinya.

Ketika diatas sirat, Nabi Muhammad bersabda kepada Malaikat Malik : "Wahai Malik,dengan kebenaran Allah Taala keatasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi. Jika tidak hati mereka akan gementar apabila melihatmu."

Nabi Muhammad berhenti diatas titian sirat. Setiap kali Baginda melihat seorang dari umatnya bergayut diatas titian sirat, Baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
Nabi Muhammad SAW berkata "Tuhan! Selamatkanlah mereka! Tuhan! Selamatkanlah mereka!"


SAYANGNYA NABI KEPADA KITA.. KITA?




Sejauh mana cinta kita kepada Nabi?

Assalamualaikum....

Sempena Hari Kelahiran junjungan mulia kita Nabi Muhammad SAW jom sama-sama kita berselawat keatas Nabi kita.

Ingat, orang yang kedekut lagi bakhil itu adalah orang yang malas berselawat keatas Rasulullah.

Kita seringkali menyatakan kita kenal Nabi.Tapi sejauh mana 'kenal' kita tu? Mungkin kalau ditanya beberapa soalan basic tentang Nabi pun kita mungkin masih ragu-ragu atau mungkin terlupa dan tak pasti.Jadi kita mestilah mengenali insan mulia yang begitu sayang kepadanya umatnya ini..

Biodata Nabi Muhammad SAW

Nama :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib

Tarikh Lahir :
Subuh Isnin, 12 Rabiulawwal bersamaan 20 April 571 Masihi Tahun Gajah

Tempat Lahir :
Rumah Abu Talib, Maakatul Mukarramah

Gelaran :
Al-Amin

Pengasuh Pertama :
Ummu Aiman

Ibu Susuan Pertama :
Thuwaibatul Aslamiah

Ibu Susuan Kedua :
Halimah As Saadiah

Isteri-isteri Rasulllah :

  1. Khadijah bt Khuwailid
  2. Aisyah bt Abu Bakar
  3. Hafsah bt Umar
  4. Ummi Habibah bt Abu Sufyan
  5. Hindun bt Umaiyah
  6. Saudah bt Zam'ah
  7. Zainab bt Jahsy
  8. Zainab bt Khuzaimah
  9. Maimunah bt Harith
  10. Safiyah bt Huyai
Anak-anak Rasulullah :
  1. Qassim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al Zahra'
Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)

Marilah sama-sama kita semarakkan sambutan Maulidur Rasul 1435H..Semoga rasa cinta kitakepada Rasulullah sentiasa berpanjangan dan bukan sekadar sambutan pada hari kelahiran Baginda sahaja..Ingatlah, kita ni umat Nabi, Nabi pun sayang kita kenapa kita tak boleh nak sayang Nabi? Nabi pun akan berikan syafaat pada kita di padang masyar nanti..



I LOVE RASUL..

Setiap Amalan Bergantung kepada Niat

Assalamualaikum..

Entry kali ni nak share tentang Hadis 1 berkenaan niat..-seperti tajuk diatas lah..hehe

Actually terlintas nak share pasal Hadis ni sebab banyak kali Cik Nilam dengar dan pernah diminta untuk menghafalnya oleh my Naqibah usrah..Then Cik Nilam pernah juga join Mukhayam atau bahasa melayunya perkhemahan yang meminta para peserta untuk menghafal hadis tersebut.

Teruskan membaca supaya mendapat manfaat dari hadis ini..



Intisari Hadis :

1. Seseorang itu tidak boleh berhajat untuk melakukan sesuatu perbuatan kecuali dia mengetahui hukumnya

2. Niat itu tidak boleh diwakilkan. -(maksudnya, pelaku atau orang itu sendiri yang mesti berniat

3. Pekerjaan seseorang itu tidak sah apabil tidak disertakan dengan niat dan semua pekerjaan yanag tidak disertakan niat itu tidak sah

4.Tidak boleh berniat dalam semua ibadah kecuali apabila ibadah itu disyariatkan

5.Keutamaan hijrah dari negeri-negeri orang-orang Musyrik ke negeri orang-orang muslim demi mencari keredhaan Allah SWT atau berhijrah dari negeri yang penduduknya yang bermaksiat ke negeri yang penduduknya bebas dari maksiat

6. Ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah dan berwaspada dari sikap riak

7. Niat itu tempatnya dihati.Adapun melafazkan (mengucapkan) niat di lisan atau mulut itu tidak ada tuntutan syariat.


Tafsir Hadis :

Hadis ini merupakan salah satu prinsip dalam agama Islam, di mana berlandaskan prinsip itu Islam berdiri tegak.

Rasulullah saw telah menyatakan di dalam hadis ini yang bermaksud semua perbuatan yang disyariatkan Islam memerlukan kepada kewujudan atau lafaz niat.Semua perkataan dan perbuatan setiap mukmin tidak sah dan tidak diterima tanpa ada niat.Ini kerana niat merupakan dasar dan ukuran bagi setiap perbuatan , perlakuan dan perkataan.

Setiap perbuatan itu dinilai baik selagimana niatnya baik dan sebaliknya setiap perbuatan itu dinilai buruk selagi mana niatnya itu buruk.Maka apabila mengikut tuntutan syariat,maka perbuatan itu diterima.*

Sebagai contoh, seseorang yang berhijrah dari negeri bukan Muslim ke negeri Muslim, demi cintanya kepada Allah dan Islam, maka orang itu memperoleh balasan sesuai dengan niatnya.Apabila maksud dan tujuannya adalah berkaitan dengan hal-hal duniawi, seperti untuk mencari harta dan kekayaan atau untuk memperisterikan seseorang wanita, maka balasannya adalah harta benda atau isteri yang diinginkannya itu.**

Allah SWT Maha Mengetahui segala rahsia tersembunyi dan Dia juga Maha Rahsia.Allah akan memberi balasan kepada setiap pelaku perbuatan tersebut.Apabila perbuatan itu baikmaka balasannya juga baik.Tetapi jika sebaliknya, maka buruklah balasan yang diterima.

*Seperti perbuatan baikdengan niat buruk atau perbuatan buruk dengan niat baik, atau nitnya baik tetapi perbuatan itu tidak disyariatkan semuanya sama sahaja yakni tidk diterima.

**Iaitu dia tidak mendapat balasan pahala berhijrah.




Ni ada videoclip lagu Hijrah by Muadz. This song is related to the hadis.It is a very nice song with multiple language. Malay,English and Arabic.. Please enjoy..
Pssttt..kalau selalu dengar boleh terhafal tau..best pun best..hehe






Rujukan : Hadis 40 Imam An-Nawawi susunan Mohd Aiman Az Zuhairi
Gambar credit to encik Google
Videoclip credit to Youtube.. ^_^




Resepi Aiskrim Goreng

Assalamualaikum..

Nak tahu tak cara buat aiskrim goreng? Jom baca..

Bahan-bahan resepi aiskrim goreng mudah jerr;
1 buku roti putih
1 bekas aiskrim
1 gelas (bentuk permukaan bulat & saiz lebih kecil dari saiz lebar roti)

buat resepi aiskrim goreng mudah jerr;
1. Letak satu keping roti putih di atas pinggan.(penyek2 sikit roti tu.supaya xserap minyak masa goreng nanti)
2. Letakkan satu sudu aiskrim di tengah2 roti tadi.
3. Tutup roti & aiskrim tersebut dengan sekeping lagi roti diatasnya.
4. Make sure tekan sikit pada roti supaya ianya rapat dan aiskrim berada ditengah2 roti.
5. Amik gelas, letakkan atas roti & tekan sehingga terputus roti di tepinya
6. Ketepikan tepi kulit lebihan roti dan simpan roti+ aiskrim ke dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam sebelum goreng.
7. Goreng aiskrim goreng dengan menggunakan minyak yang panas & goreng sehingga nampak warna roti kekuningan.
**
dah nampak kekuningan terus angkat.. jangan biar lama, nanti aiskrim dalam roti cair.

Abu Ubaidah Al-Jarrah


Abu Ubaidah Al-Jarrah atau nama sebenarnya Amir ibn Abdullah ibn Al-Jarrah salah seorang Muhajirin yang hadir semasa saqifah Bani Sa'ad. Dia berasal dari kaum Quraisy, suku al-Harith ibn Fihr. Abu Ubaidah merupakan antara sahabat Rasulullah yang terawal. Dia merupakan antara sahabat yang berhijrah ke Habsyah dan kemudian ke Madinah.

Kelebihan Beliau

Hadis Nabi mengenai kelebihan

"Setiap umat ada penjaga amanahnya dan penjaga amanah bagi umatku adalah Abu Ubaidah Al-Jarrah"

"Tiga orang yang paling terkemuka dalam suku Quraisy memiliki sifat yang terbaik dan paling sederhana. Mereka adalah Abu Bakar, Uthman bin Affan dan Abu Ubaidah Al-Jarrah"


Salah seorang sahabat Nabi iaitu Khalid Al-Walid segan dan kagum akan kehebatan dan karisma beliau.Sehinggakan dalam peperangan menentang Rom  Byzantine, sewaktu proses penyerahan tugas dari Abu Ubaidah kepada Khalid Al-Walid, Khalid berkata :

"Demi Allah, kalau tidak kerana mematuhi rahan khalifah, aku tidak akan memerintahkan kamu ataupun berada diatas kamu. Emgkau lebihmulia dari aku. Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang sahabat Nabi. Tapi kamu adalah yang hormati. Kamulah yang baginda panggil 'Penjaga Amanah Umat'."

Begitu juga dengan Umar. Ketika para sahabat berselisih pendapat mengenai rombongan ke Amawas ketika berlakunya wabak taun, Abu Ubaidah berkata kepada Umar : 

"Wahai Umar, apakah kamu mahu lari dari takdir Allah?"

Umar merenung wajah Abu Ubaidah kerana berasa segan dengan teguran dan karisma Abu Ubaidah mengatakan:

"Sekiranya ada orang lain yang mengatakan perkara itu selain daripada kau wahai Abu Ubaidah, ya. Aku lari dari takdir Allah untuk pergi kepada takdir Allah yang lain."

Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Abu Ubaidah merupakan antara calon pilihan Abu Bakar untuk menjadi khalifah bersama Umar. Namun umat Islam ketika itu sepakat untuk memilih Abu Bakar sebagai Khalifah Rasulullah yang pertama.

Beliau juga dikenali oleh orang Islam dan Yahudi Madinah pada ketika itu sbagai perunding dan pembuat keputusan yang terbaik di kalangan para sahabat.



Download kalendar 2014 free!

Asalamualaikum.. lai lai lai..

Tahu tak, manusia yang bijak itu yang sentiasa merancang perjalanan hidupnya..

Jadi....., Cik Nilam nak share link kalendar 2014..hehe

Bukan apa, selalunya oang akan buat kalendar ni sendiri especially student u..Cik Nilam pun sama jgk..
Untuk tidak membuang masa kita yang sangat precious ni, kan boleh ambil jalan mudah yang dah ada kat depan mata..
So,just click dan boleh la pilih kalendar mana yang korang nak..
Pastu download, print, tampal kat bilik..ok?

http://www.printable2014calendars.com/

Bismillah 5 penawar segala jenis penyakit...

Assalamualaikum...

Entry kali ni nak share sikit tentang Bismillah 5..
Teruskan membaca ye..hehe

Manfaat :

Terlalu banyak manfaat jika membaca Bismillah 5 ni.Tetapi secara keseluruhannya boleh menjadi penawar kepada semua jenis penyakit  & rasa bisa pada tubuh badan samada yang diketahui puncanya atau tidak juga boleh sembuh dengan izin Allah..

Kaifiat / cara :

Letakkan tangan ditempat yang sakit, tarik nafas dan baca Bismillah 5 sebanyak 7 kali. Kemudian tiup pada tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula pada air.

Jika tempat sakit itu tidak boleh diletakkan tangan, sebab sakit atau payah untuk letakkannya, boleh letakkan tangan di anggota lain dengan fokus hati yang tinggi dan anggaplah / bayangkan anggota tersebut dengan tempat yang sakit.

credit to - Perubatan Syifa Al-Ikhlas


Puisi terindah hari ini

Assalamualaikum..
Meh lah baca puisi yang indah lagi sadis dan tragis ini..

Pagi yang indah ku bangkit dan terus ditemani laptop kesayangan,
Kami berdua bersama-sama menelaah nota,
Didalam suram cahaya kami setia bersama,(xbuka lampu sbb roomate tido)
Setiap bait kata ku teliti dan fahami,
Untukku luahkan di kertas exam Psikologi Kognitif nanti,

Masa berlalu tanpa disedari,
Akhirnya tiba untukku mandi,
Kena sedari pagi lagi ku terasa diriku masih wangi,(hehe..perasan)
Lantasku gagahkan kaki melangkah ke bilik mandi,
Kerana bimbang pula ada yang pengsan waktu exam nanti,

Ku bersiap pantas untuk ke dewan exam,
Kerana khuatir terlewat sampai,
Ku berjalan ke dewan exam yang jauh lagi memenatkan itu,
Kulihat banjiran manusia disitu,
Lama ku tunggu tetapi masih tiada arahan untuk masuk,

Akhirnya seorang lecturer disitu bersuara,
Ku terdiam, termangu, terpana, terpina, terbinar, terbengang, terbengkek disitu,
Kerana exam tersebut ditunda,
Ditunda kerana clash tempat exam dengan fakulti lain,

Oh...goramnyo den raso..ponek den study ha..
Subjek esok pun den tak baco lagi..
Takpolah.ado lah hikmahnyo kan..
Lopeh tu den balik bilik lah apo laie nak buek..

Balik je bilik ada info kat FB pasal tarikh yang ditunda tu..esok malam..So esok ada 2 exam lah..Pagi dan malam..

Itulah dia perancangan Allah.Kita tak pernah tahu apa yang akan jadi.Macam mana baik dan teraturnya perancangan manusia tu kalau Allah berkehendak yang lain, lain lah jadinya..So, think positif ada hikmah setiap apa yang jadi tu kan..

Dah nampak 2 hikmahnya:
1) Dapat study lama sikit untuk subjek pagi esok..Introduction to Linguistic Analysis.
2) Dapat lah kawan Cik Nilam sorang tu makan tengah hari dia awal sikit.Sebab lepas dapat tahu exam tunda tu terus je balik ajak dia pegi makan.(kalau x, x tahu lah sampai pkul brapa dia nak biarkan perut dia bergendang lagu rock tu..huhu..poyo je- padahal boleh je dia beli sendiri.. :p )

Sentiasa ucapkan syukur..Alhamdulillah..Thanks Allah..I love u Allah..
Daa..



Tips to study more effectively

Assalamualaikum... hai olls..

Meh nak share sikit ilmu belajar Cognitive Psychology..

Tips to study more effectively

1) Elaborate : Asking and questioning yourself about thing u  studying.

2) Organize : Relate the information to another information to make it more meaningful.

3) Associate : Associate what u have learnt to what u already know.

4) Take study breaks : Study in a number of shorter study sessions.

5) Matching learning and testing conditions : Study at number of different places to find the most suitable conditions that suits u.

STUDY STUDY..JANGAN MALAS..hehe



Gud luck final exam kawan2 ku..

Assalamualaikum dunia....

Gud luck exam kawan2.. Miss u olls..

Kawan2 dari SK Pandan Kuantan, MRSM Pasir Tumboh, SMK Paya Besar, Matrikulasi Negeri Sembilan(MF1P5 & S2AP5), PLKN Hijrah Penor, UNIMAS dan semua kenalan...

Er..rasanya kawan2 plkn tak terlibat dgn final exam kot..mungkin lah ada, tapi sebab Cik Nilam tak sebaya dengan kawan2 plkn ni..Sebab Cik Nilam tunda g plkn tuh..Pegi lepas matrik...huhu
Anyway gud luck in everything k...Thanks semua yang penah hadir memberi dan mengajar pahit maung dan masam manis hidup pada Cik Nilam.. I learnt a lot..!
Daaa..









Asal nak study je rasa mengantuk?

Assalamualaikum..hai...

Minggu study, minggu exam ni kadang2 stress jgk.So kena lah do something yg blh ceriakan sikit hari kita.. Jangan asyik mengantuk je kalau pegang buku..(baru pegang je, belum bukak lagi tp mesti dah nagntuk..)Biasa lah tu kan.. Kena betulkan mindset kot.. Mengantuk ada beberapa sebab:

1) tak cukup tido
2) terlebih tido
3) tak cukup oksigen dalam otak
4) otak rasa bosan
dan sebagainya..

Cik Nilam sarankan cuba jangan biarkan diri kita bosan sebab otak cepat bosan kalau asyik mengadap benda sama je.Especially kalau korang punya nota/ buku tu warnanya dull.Tak menarik langsung! Tau x, otak suka benda yg warna-warni..otak suka gambar2..Jadi, advantage kat situ kalau korang pndai melukis.Kalau xpandai cam Cik Nilam ni pun boleh gak try2 lukis org lidi pun jadilah..Buruk xpe sebab sendiri mau baca jugak itu nota..huhu.. And lagi 1 otak suka 'bermula dari tengah'.Maksudnya kalau buat mind map tu kena start tajuk letak tengah2, then cabang2 utk tajuk2 kecik..Anyway benda ni menjadi tau sebenarnya..Depends atas korang rajin nk buat ke tak je.. Kalau nak tambah oksigen tu kena minum air masak je..Dalam air kan ada H20..kan kan kan?
So..do it!! Daaaa..Salam sejahtera keatas kamu..

Rasa benci?

Assalamualaikum hai hai hai..!!! (excited terlebih)

Al maklumlah first entry kan, mmg lah ter excited sikit.(harap dimaafkan.huhu).. Sempena tahun baru 2014 ni Cik Nilam nak share sikit kisahnya tentang benci.
Beberapa minggu yang lepas, ada seorang housemate 'kesayangan' ni bermasam muka dgn Cik Nilam lepas ditegur pasal bekas tupperware nya yg ditinggalkan x dibasuh.Cik Nilam tgur baik2 n dgn suara yg begitu merdu dan lemah lembut bak suara Siti Nurhaliza gitu.TAPI...dia ni sentap sampai sekarang. Dia terus diam, masam muka, xtegur Cik Nilam dah..Then, 1 hari tu..(terjadilah perbualan kami)

Si Polan :Awk ada masalah dgn saya ke?
Cik Nilam : Xde..awak ada masalah ke dgn saya?
Si Polan : Ada..saya benci awk.BENCI SANGAT2..(sambil dia buat muka n mata..rasa cam nk korek je mata tu..ish)
Cik Nilam : Kenapa benci?
Si Polan : Awak xtahu ke?
Cik Nilam : Memang xtahu..bagitahulah
Si Polan : Betul2 xtahu?
Cik Nilam : Ntah..xtahu kot..xtahulah..bagitahu je lah..
Si Polan : Xtahu ke buat2 xtahu....
Cik Nilam : Sebab xtahu lah org suruh bagitahu..Awak xbgthu macam mana saya nak tahu..
.........................
Then kami sambung buat keja masing2.. Cik Nilam rasa pelik jugak, xkanlah sebab tegur pasal xbasuh bekas pun dia nak berangin sampai macam tu.Cik Nilam terfikir gak ada ke buat salah lain kat dia..Rasanya xde.(dlm hati: org lain ok je dgn aku.roomate aku pun ok je.kau pulak lelebih.kau tu housemate je pun.bukan hari2 nampak, bukan slalu sembang) Walaupun kitorang ni xgaduh or perang besar, tapi terguris sedikit dihati Cik Nilam ni..sebab ada org benci kite kan..xkan xterasa pape kot..Dan hubungan kami(cehh,,hubungan kami~) terus dingin.Xbertegur walau berselisih atau duduk sesame kat ruang tamu..
Hari demi hari berlalu, perasaan terguris tu mmg terkesanlah jgk kt hati ni..sehinggalah terbaca 1 post di FB ustazah Fatimah Syarha iaitu seorang penulis novel islamik dan juga pakar motivasi tentang rasa benci..


Apabila ada orang membenci kita, 
itu masalah orang.

Bukan masalah kita.

Wujudkah manusia di dunia ini yang tidak dibenci oleh kelompok tertentu?

Masalah kita ialah...
apabila kita ada menyimpan 'benci' pada sesiapa,
tanpa sebab yang patut.

Bimbang,
kebenciaan itu menyebabkan kita 'bermasalah' di sisi Allah.


Housemate Cik Nilam tu baik, rajin solat jemaah kat surau, pakaian labuh litup..Tapi dia cepat marah dan baran.(dia sendiri pernah bagitahu time kitorang ok dulu)Dan tapi tapi tapi...kiranya rasa benci dia tu masalah dia dengan Allah lah kan? Alhamdulillah..lega lepas baca post ustazah Fatimah Syarha tu.. Cik Nilam nak mulakan tahun baru dengan semuanya okey, tapi xsangka ada orang benci..huhu..Allah, tuntunlah hatiku..Amin..





Newbie here..

Assalamualaikum..Saya amatur blogger.. ^_^
Tiny Rainbow