I'm Sorry For Late

Warghhhhhh... Hari ni aku terlewat  ke class... Kali ni betul2 xsengaja. Aku tersalah masa. Aku ingat class start pkul 11. Aku cuba datang awal sebelum pkul 11 sebab ada presentation. Tengok2 aku salah masa. Terkejut berok aku bila sampai class tgk dah ada group tengah present! 

"Eh? Kenapa dah ada yg present? Kan baru pukul 10.55?? Aku intai dari pintu. Terus teringat yg class tu start pkul 10.. Bukan pkul 11... Waaaaaaaaa T__T  

Aku masuk class dan duduk. Pamdang belakang cari group member. Nampak Nursiah kat belakang. Terus aku tanya dia "Dah present ke?" Dia ckp "dah, group first tadi..  Memang serba salah gila aku rasa. 
Lepas habis class, aku terus pegi cari group member yang lain dan mintak maaf kt diorang.. Betul2 aku mintak maaf. Yelah, effort diorang dah banyak utk buat report dan research tu kalau nak dibandingkan dgn aku. tup tup, presentation pun aku terlepas.. Maafkanku Alya, maafkanku Aini..

 Korang dualah yg banyak contribute dalam research tu.. I'M SORRY......

Kepada Yen, Nursiah, Alya dan Aini, terima kasih banyak2.. Walaupun saya tak sempat present part saya, korang dah tlg cover dan markah present kita kongsi bersama...(tak adil rasanya..) 

Tapi nasib baik lah madam xtanya kepada tak cukup sorang time present hu..fuhh.. Alhamdulillah..

Diorang ni coursemate yang baru dikenali, tapi diorang mmg baik sangat2..

Wish u all the best of luck for next assignment and final exam.


Resepi Cheezy Wedges Yang Senang Giler

Minggu2 terakhir sem ni adalah minggu2 yg memenatkan dan men'stress'kan warga pelajar semua..


WARGHHHHHHHH...assignment byk yg due minggu ni, minggu depan.. Cara nak me'release' tension adalah dengan memakan makanan yg kita suka..huhu.. Teringin ni g KFC nk cheezy wedges dia..tp skrg ni dalam proses berjimat cermat, tetiba ada kentang pulak kat rumah. Banyak pulak tu. Apa kata kita buat jelah wedges sendiri..hehehe.. Ada org baik hati beli kentang buat spare makanan kat rumah..tq tq tq


Nak resepi? Meh nak bagi..


p/s: resepi mudah ni sesuai utk beginner, resepi ni tak complicated pon.. yg dah expert jgn byk bunyik lak..hehe



Bahan-bahan A:
1) 5 biji kentang
2) 3 sudu besar serbuk kari
3) 1 sudu besar serbuk lada hitam.(lada putih pun boleh)
4) garam
5) minyak untuk menggoreng


Bahan-bahan B:
1) 2 sudu besar serbuk cheese powder
2) air
3) mayonis

Cara-cara:

1)Belah kentang mengikut potongan wedges & basuh sehingga bersih (kulit nak buang boleh, tak buang pun xpe)

2)Rebus kentang hingga empuk, letak garam 1 sudu kecik dalam air utk rebus tu k..(tapi jgn biar lama sgt, takut kentang senang patah bila dah terlebih empuk)

3)Toskan(ada ke org tak tahu maksud toskan ni? maksudnya keringkan air la, letak dalam penapis ke..)

4) Gaulkan kentang dgn bahan A tadi sehingga sebati. (Garam xpayah letak dah pun xpe.. Takut masin sgt nnt..)

5) Perap dalam 15minit -30 minit.(jgn terkejut kalau ada air yg kluar bila perap,Tu perkara biasa.Air kentang yg kluar tu bgus utk smemudahkan bahan perap masuk dalam kentang)

6) Panaskan minyak dan goreng sampai keperangan or kemasan gitu..Balikkan kentang. Angkat dan toskan.

7) Bancuh cheese powder dgn air panas dan masukkan dalam botol yg berlubang. Air tu agak2 je, jgn byk sgt. Biar sebati dgn cheese powder tu je.

8) Picitkan cheese atas kentang, picitkan mayonis jugak..Nak tambah sos pun boleh..Sukati korang la..huhuhu




Dah siap....boleh makan....yeay!!



First try..
Ni lah hasil dia, garing diluar empuk didalam..



Second try xcantik sebab kurang serbuk kari..



Terliur tak??hehe.. ni gambar dari google.. hehe


Saya punya hasil xde gambar yg letak cheese & mayonis..hehe..Dok main cicah2 je lagi best..

Cane? senang kan? Apa kata try buat.. Selamat mencuba..

Daa..

BAHAYA minyak masak recycle





Minyak masak kalau dah guna banyak kali memang akan tukar kaler jadi hitam. tengok gambar kat atas pun dah geli kan? iyeeekkk.. Sesetengah daripada kita tak tahu pun minyak tu hitam sebab dah pakai byk kali.Terutamanya jika menu yang digoreng tu AYAM GORENG BEREMPAH. Diorang ingat minyak tu hitam sebab rempah tu...
Nak tahu kenapa bahaya? Baca sampai habis..

Pusat Racun Negara baru-baru ini memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali. 

Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati. Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang. 

Selain itu Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, yang telah menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam peket 1kg 

Kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja. 

Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah. Ia biasa digunakan oleh segelintir peniaga jalanan dan pengusaha restoran bagi menjimatkan kos perniagaan. 

Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula. Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, para pengguna mestilah meninggalkan tabiat makan di luar dengan memasak sendiri makanan. Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama yang tidak perlu dipertikaikan lagi adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal. 

(Minyak Sawit Sri Murni antara minyak yang berkualiti)

Cadangan saya, elakkan menggunkan minyak masak yg sama berulang kali dan kalau nak beli makanan kat luar, intai dulu minyak dalam kuali dia.Tengok warna apa minyak tu..

Semoga info ni berguna..




sumber: http://beritamyon9.blogspot.com
            : google



Resepi KARI IKAN MAMAK STAIL versi anak dara..

WAHH..lama betol x update blog.haha.. Almaklumlah busy memanjang..Busy dengan urusan dunia lah katakan.. Sebenarnya banyak benda nak di cerita cuma tak ter cerita je.. Kali ni nk share resepi je lah.
Resepi ni saya try try sendiri je..
KARI IKAN MAMAK STAIL versi anak dara..


Kalau nak diikutkan, orang masak kari mesti pakai santan kan? Nak nak pulak kari versi melayu, tapi kari mamak/ india ni diorang masak xpakai santan. Cara saya masak simple je sbb xberapa suka pakai rempah2 seperti yg selalu mak mak kita buat. Saya xpakai jintan manis, jintan putih, bunga cengkih, 
kayu manis semua x pakai..hehe..

Resepi ni utk makan 4 org. Hari tu saya buat utk makan 2 org, tapi kitorang makan utk tghari dan malam sekali.hehe

p/s;saya tukang masak amatur lagi.Masak utk diri sendiri, kawan2 dan family je.Maybe x terer cam akak2 dan mok cik2 kat luar sana tu..huhu


Bahan-bahan blender :
*4/5 ulas bawang merah
*4/5 ulas bawang putih
*1 genggam cili kering(setiap 1 cili tu sy belah tengah utk buang biji2. sebab saya xsuka kalau ada banyak biji2 tu..)

Bahan lain:
*Ikan (Nak sedap pakai ikan merah.saya pakai ikan yang spesies sama dgn ikan merah gak.tp tak tahu nama ikan tu...kuang kuang kuang :p )
*Bendi
*Tomato
*Serbuk kari 2 paket kecil (saya pakai adabi &babas)

Cara-caranya:
1- Bersihkan cili kering,rendam sekejap dan rebuskan dalam air yg telah mendidih.(utk buang pedas yg over dan utk cili cepat masak).Rebus lebih kurang 2/3 minit.Toskan.
**

2-Bersihkan bawang merah dan bawang putih, blender bersama cili kering tadi.Jgn lupa masukkan sedikit air.
**

3-Panaskan minyak dalam kuali/periuk.
**

4-Tumis bahan2 yg telah diblender sampai pecah minyak. Minyak mesti cukup supaya bahan2 tu cepat masak dan pecah minyak. Klau tengok bahan2 tumis macam kering sbb xcukup miynak, tambah lagi sikit minyak(pndai2 ejas sendiri). Agak2 dalam 10 minit sampai bahan2 tu dah masak dan pecah minyak(kaler dia pun akan berubah.lebih pekat)
**

5-Masukkan secawan air dan kacau.
**

6-Bancuh serbuk kari dalam mangkuk dengan sedikit air.Buat dia jadi paste.(saya pakai 1 setengah je serbuk kari tu)
**

7-Masukkan paste kari dalam kuali dan kacau hingga serbuk kari sebati dan masak.Lebih kurang 6-10 minit.
**

8-Masukkan ikan yg telah dibersihkan dan gaul2 supaya bahan2 sebati dengan ikan.
**

9-Masukkan air asam jawa sedikit(kira2 1/2 sudu asam jawa yg telah dicairkan bersama sedikit air )
**

10-Masukkan air selebihnya sehingga ikan tenggelam.Kacau2 sikit sambil masukkan lah garam 
secukup rasa.
**

11-Tunggu hingga  ikan masak. Kalau tengok kuah dah mendidih dan meredak tu tandanya ikan dah masak lah. Kalau nak cepat masak, tutup periuk atau kuali dengan penutup(Tapi jgn leka sudah takut kering pulak kuahnya)
**

12-Bila kuahnya dah mendidih, saya suka slowkan api supaya kuah xkering.hehe.(time ni blh la rasa kuah tu ckup masin ke tak,cukup masam ke tak. Klau xckup masin tambah garamlah) 
**

13-Pastu bolehlah masukkan bendi yang dah dibersihkan dan dipotong kepala bahagian atas dan ekor pun saya suka potong sikit.nampak cantek dan senonoh sikit sayur kita.hehe
**

14-Tutup balik penutup, besarkan api. Tggu hingga bendi hampir masak.
**

15-Kalau xpandai tgk, ambik garpu, cucuk bendi tu.Kalau dah lembut dan garpu blh tembus kira ok lah tu.(Jgn sampai bendi terlebih lembik sudah.xsedap nanti)
**

16-Masukkan tomato yg dah dibersihkan dan dipotong 6. Nak potong 4 pun boleh.
**

17-Tggu tomato lembik dan masak sikit.Jangan lama sangat sebab nanti tomato hancur.
**

18-Bila tomato dah masak, bolehlah tutup api.
**

19-Sedia untuk dihidang dan bolehlah melantak dengan nasi..hehe












Bau dia mmg perghhhhhhh...Roomate cakap sedap. Saya bagi mak cik tuan stall yg tempt saya kerja part time tu try. Dia pun ckp sedap!!

Alhamdulillah..Kenyang makan kari buatan sendiri..Puas hati sangat..hehe..
Menjadi gak first try buat kari tak guna santan..hehe

Kepada yg membaca, selamat mencuba..!!!


Tiny Rainbow