A Stranger I Met- Allah kirim dia untukku

 
Entry kali ni rasa cam nak cerita kisah aku masa kali yang ntah keberapa ntah nak balik semenanjung. Aku terbang dari KIA(Kuching International Airport) ke klia2.-rasanya semua org pun tahu kan klia2 tu stand for apa kan..


Ok, teruskan cerita...hmmm camne nak mulakan ni ek.. errrrr... ermmm... ok ok camni lah, sesampai je kat kat klia2 tu lebih kurang dalam pkul 11.45pm. Aku naik flight malam sebab aku bajet senang sikit aku nk gerak pd waktu siang hari kat KL tu nanti utk cari tiket bas balik Kuantan. Aku pikir nak naik bas awal pagi lah dan sementara tu aku lepak dan tido kat surau Puduraya tu nanti. Sebab kat klia2 tu aku xtahu surau dia kat mana. Aku pun dah cam malas nak cari. Terus aku pikir baik pegi je terus kat Puduraya tu and then tggu je bas untuk balik Kuantan kat sana. Aku terus beli tiket dari klia2 tu ke Puduraya. Tiket bas pukul 12am. Sebelum ni penah je aku sampai KL malam2 buta. Penah je lepak tggu bas kat Puduraya malam2. Tapi nasib malang yg menyebelahi aku kali ni. Aku sampai je puduraya kali ni tergamam, terdiam, terpina, terpana aku dibuatnya.. Guess what???


Terminal Puduraya  tu tutup. Dah la aku ni pompuan sorang2 pulak tu.. Sebelum ni ok je dia bukak aje bila2 aku sampai sana. Aku pikir maybe mmg dia tutup time bulan puasa kot..Adoyai.. time tu baru pukul 1.30am(lebih kurang lah) Nampak ramai jugak lah org yg tersadai kat tepi jalan luar terminal tu. Semua pun kes cam aku gak kot. Tak tahu yg terminal tu tutup. Hasil bualan dgn pak cik2 yg sgt peramah, aku dapat tahu terminal tu bukak pukul 6am. Ya Allah..... skrg pkul 1 lebih. Aku kena tunggu tersadai kat luar ni lebih kurang selama 4 jam??????


Aku xtahu nk buat apa. Apa yg terfikir ialah duk tggu jelah kat situ selama 4 jam tu. Ada la sorang pak cik teksi ni yg tersangat peramah, tanya aku   macam2. Mula2 aku ingat dia just ordinary pak cik teksi di antara ramai2 pak cik teksi kat sana sbb mula2 dia tanya soalan basic je- nak pegi mana, dari mana camtu.. Tapi aku jadi pelik sbb lama2 over pulak soalan2 seterusnya tu. Tanya ada pakwe ke x lah.. dia ada tanya camni “nak x saya hantar pegi mana2 hotel murah2 dekat2 sini. takkanlah awk nk tggu 4 jam kat sini? Lama lagi ni..”
Haaa..soalan tu buat aku bertambah pelik dan curiga dgn dia ni.
“Eh.takpelah pak cik.saya tggu sini je.”
Dia tanya aku soalan yg sama byk kali jgklah. Dia siap ckp “sy hantar awk kat hotel dekat2 sini je..boleh la awk tido dulu..takkanlah awk nak duduk sini 4 jam..pagi esok saya hantar awk kesini semula”


Dan aku asyik menolak dgn berbagai alasan.
TETAPI.. dia tak putus asa..ada je benda yg dia nak borak..Aku layan bodoh2 je..Mengenangkan dia tu aku amggap org tua dari aku, sbb tu aku xsound dia. Nak xnak je aku dgr apa dia ckp.. Aku tgh chat dgn buah hati aku time tu, so aku asyik pandang2 hp je..Sambil2 online fb gak time tu..Bila dah lama dia borak tu maybe dia pun dah boring kot. Dia pun berambus dari depan mata aku.
Tapi xlama lepas tu dia dtg balik. Masih nak borak dgn aku. Masih nak kacau aku. Dia ajak aku pegi cari hotel lagi. Dia ckp dia naik moto hari ni sbb dia xbawak teksi harini.. Aku pun lagi lah pelik dgn si  tua ni. Dia xnampak ke beg aku yg besar ni? Kalau ye pun dia ikhlas just nak hantar aku ke hotel untuk aku rehat n tido kat sana, xkanlah dia tak terfikir nak bawak beg bagasi aku tu camne? Dan seperti biasa, aku terus menolak dan menolak ajakan yg penuh dgn agenda tu.. Aku dah x berprasangka baik dah kat dia. Seriously curiga!


Dia ada ckp “ ambiklah no hp sy, nnt lain kali dtg KL awk blh contact sy lagi..” hahaha..pastu diatanay aku pakai line apa. Aku ckp maxis,terus dia xjadi.haha........dia xpakai maxis la tu... Syukur sgt.. Kalau dia mintak no aku pun, mmg aku xkan bagilah...!!
Eh eh eh.. bukan tu je yg buat aku curiga tau.. Ayat biasa yg aku guna utk tolak ajakan dia tu, “ Takpelah pak cik, saya tak nak pegi mana2 pun..takpe lah sy tggu sini je..”  Dia boleh ckp camni,  “ Jgnlah panggil saya pak cik..saya muda lagi..belum kawin pun lagi..baru 30 lebih.. panggillah abg..Abu ke..nama saya Abu”


HAHAHAHA..meluat tak??? Aku tersengeh cam kerang busuk aje..Ehek ehek ehek (dalam hati aku Allah je tahu apa aku rasa..super-duper annoying) HAAA.. ayat dia tu semacam je kan..
Tak lama lepas tu dia blah lagi sekali. Dia pegi kat sebelah sana yg lebih kurang just 5 meter dari aku. Kat situ ada sebilangan bro2 yg umo maybe lebih kurang aku gak la kot. Aku pun xperasan sgt sbb aku tengok sekali imbas je kat arah tu. Lagipun ade public phone yg menghalang pemandangan aku ke arah sana tu.
Semestinya aku rasa lega sgt sebab pak cik tu dah blah dari depan aku. Sambil duduk, aku online fb jelah. Smbil2 tggu chat dari buah hati. Tiba2 ada seorang bro ni dtg depan aku bagi salam.
“Assalamualaikum kak, maaf ganggu saya....” Terkejut, aku angkat kepala pandang depan. Mak aihhh.. Sape pulak ni.. Gaya cam org dtg nak jual barang pun ade. Muka cam budak baik, bagi salam pun siap ada body language lagi. Tapi xde pegang barang pun. Badan boleh tahan sado. Tapi aku xheran pun tu. Just terfikir xkanlah jurujual kot?? Aku jawablah salam dia tu.. Dia ckp dia saje tegur aku sebab tadi pak cik teksi tu citer pasal aku. So dia tahu la yg aku dari klia2, skrg tggu bas pukul 8 nak balik Kuantan..bla bla.. ok. Dia tahu dan dia tanya lagi macam just nak tahu aku dari u mana, u oversea ke sbb dia tahu aku dari klia2 kan.. Tanya ambik jurusan apa kat u la.. Bila dia tanya ambik jurusan apa kat u tu aku dah pelik..


“ERR..eh. kenapa tanya?” Aku palik sbb dia tanya jurusan apa? Dia sape, knpa nak tahu pasal tu. Macam xsesuai je soalan tu dgn situasi masa tu.. Rupa2nya dia pun student. Patutlah beria nak tanay aku ambik jurusana apa bagai..Dia student Universiti Al-Azhar. Dia tunjuk student kad dia. Dia tu part time ustaz kat Malaysia. Dia tengah balik cuti raya cam aku jugaklah. Dia borak dgn aku. Dia ckp saje nak borak dgn aku sbb dia tgk aku pmpuan sorang2 kat situ time2 camtu. Dia ckp aku berani. Dia ckp mula2 dia nmpak aku tu mmg dia terkejut sbb aku sorang2. Dia ckp kawasan tu bahaya. Sbb tu dia tertarik nak borak dgn aku. Kiranya di cam nak hilangkan bosan aku sambil2 teman aku jgk lah. Lagi 1, dia ckp dia mmg perasan lama dah yg pak cik tu borak lama gila dgn aku. Dia ckp pak cik tu cam lain macam je. Cam ade niat lain la maksudnya...


Last2 dia ajak aku minum kat kedai mamak seberang jalan dgn dia. Aku mmg xde rasa nak bergerak kemana2 pun time tu.. Aku pikir nak tggu je sampai pkul 6, terminal tu buka. Tapi dia mcm dok ajak2 aku gak. Dia sruh aku pegang handfon dia dgn wallet dia skali sbb nak yakinkan aku lah.. Ok. Akhirnya aku ambik wallet n handfon dia. Dia angkat bagasi aku. Kitorang lintas jalan, duk minum kat kedai mamak seberang jalan. Dia duk tnya la sikit2 pasal aku.. Dia yg byk ckp. Dia citer pasal diri dia, tunang dia, apa kerja dia pnah buat, tempat study dia semua..bla bla bla..Pastu citer pasal pak cik tu... Dia bengang bila dgr apa yg aku citer pasal pak cik tu.. Dia citer pak cik tu borak apa dgn dia tadi. Pak cik tu ckp style pak cik tu ambik customer selalunya tgh2 malam atau pagi2 buta kat area2 kelab2 malam dan disko sbb time tu lah mesti ada pmpuan mabuk nak balik rumah tahan teksi.. Dia dgn modus operandinya akan bawak pmpuan tu pegi mana2 utk buat projek dulu. Pmpuan2 tu kan dah mabuk, bahagia lah dia buat agenda terkutuk dia tu. Dah puas baru dia hantar mangsa dia balik rumah. KUANG AJAR TAK????


Terkejut + geli+ menyampah aku bila dgr citer bro tu.. Pak cik tu xtahu bro tu budak baik2, ustaz, tu pasal dia selamber citer pasal dia. Dah dia habis citer baru dia tanya bro tu kja apa. Bro tu ckp cikgu. Pak cik tu tanya cikgu apa? Mengajar apa? Bro tu jawablah lah subjek2 islam yang dia ajar- Usuludin etc.. HAHA tahu x apa respon si tua tu? Terkejut beroks la..malu la dia. Dia cover ckp “ohh...ustaz lah ni??sbnarnya sy ni mmg nak berubah dah..bla bla bla.....”
Ok..dipendekkan cerita.. Jam dah pkul 5am lebih.. Daha nak dekat pkul 6 dah. So kitorang pun gerak lah ke tempat td. Terminal tu la.. Aku, mengharap si tua dah blah dari situ.. Ok, xnampak pun kelibat dia. Aku berdiri tempat asal aku duduk lepak tadi tu. Bro yg teman aku ni pegi toilet jap. Tinggalkan aku sendiri. Takpe, aku ok je. Sebab ade ramai je org sebenarnya..Mak cik2, akak2, bro2, nyonya2, pak cik2.. Kepergian bro stranger tu membuatkan si tua Abu dtg balik. Kali ni dgn moto dia. Mcm baru dtg dari mana2 ntah.


“Eh, sorang je ke? Jom lah ikut sy nak x? Kita pegi lepak kat taman jap sementara tggu bas awk”
“Er, xpe xpe...sy tggu je.tak lama dah ni”
“Ala, jomlah kita pegi kejap. Lepak kat taman bunga, borak2..nanti sy hantar awk balik kat sini”
“Takpe2, sy xnak.. dah xlama dah ni..”
“Awk xnak knpa? Takut eh? Takut kat saya ke?”
“Taklah..sebab mmg xnak pegi mana2..” (sory la aku bukan jenis penakut kat org apalagi org cm ko!- *ayat bongkak sungguh..Astragfirullah....)
“Oklah, jap eh..sy parking moto jap, awk tggu eh..”


Belum sempat si tua dtg, bro stranger yg sampai kat aku dulu. Aku citer apa yg si tua ckp. Bengang betol dia.hahaha..
Pastu aku terus masuk dlm terminal tu. Bro tu tgh tggu kawan dia dtg ambik. Dia teman aku masuk dalam bila dia nampak kawan dia dah sampai kat parking. Dia hntar aku masuk sampai dalam, nak make sure aku kat tempat selamat.. Dia sruh aku duduk sebelah pmpuan. Ok, aku duduk sebelah akak yg tgh tido telangkup muka dgn beg.hehe..


Sebelum blah, bro stranger tu ckp “terima kasih sebab sudi jadi kawan sementara saya”
“ye, sama2..terima kasih jugak sebab teman saya n tolong saya..”
“Ok,nanti kalau bila2 terjumpa tegur2 lah ek..”
“Ok, insyaAllah..”
“Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam”
Dia berlalu dgn sekali lambai. Aku sambut dgn senyuman terima kasih..


Cop cop cop..maybe ada yang salah faham dgn tajuk entry ni. That still stranger remain stranger to me, nothing happens after that..


.....T A M A T.....


EH EH EH..belum tamat lagi..haha
Kisah “A Stranger I Met” mmg dah tamat.. Sbb aku just ‘kawan sementara’ dia. Tapi kan ada lagi dugaan aku masa kat terminal Puduraya tu..
Aku kan duduk sebelah akak yg tgh tido tu.Antara kitorang ada sebuah kerusi. Mula2 aku letak beg laptop aku kat kerusi tu sambil2 aku tgh main handfon. Aku tiba2 terfikir kot2 ada org nk rompak beg laptop tu.. Aku pun letak beg tu atas riba aku. Aku peluk. Beberapa minit lpas tu ada sorang laki yg penampilan cam kurang terurus lalu menghampiri aku. Aku terhidu bau arak yg sgt kuat (“ish..org mabuk ni...”) tup tup. Dia duduk sebelah aku! Kerusi tgh antara aku dgn akak tadi tu.. Ya Allah...... Punyalah byk kerusi kat sini...kenapa duduk sini???????? Geram betollah aku.. Bau dia? Xpayah citerlah.. Aku pun kemas beg, angkat beg, blah cari kerusi lain. Aku cari area yg xde org, kerusi kosong byk. Sbb dlm terminal tu kedai2 xbukak lagi. Kaunter pun baru nk bukak je kot. Mmg lengang jugaklah. Tak lama lepas tu tiba2... guess what???
SI TUA ABU datang. “ Eh, sorang je ke?”
“Yela..sorang la..”
Dia mcm perli aku je..Dia bengang sbb aku xikut pelawaan dia la tu.. Tapi lagi dia bengang sbb aku ikut bro stranger tadi..kah kah kah
Tapi dia lalu sambil tegur je..pastu dia blah. Aku agak dia akn dtg balik. So, aku cari tempat lain yg ada org.. Tak lah bahaya sgt.
Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar..Sehinggalah masa yg ditunggu2 tiba.. Aku bertolak ke Kuantan..
Syukur Ya Allah.. Selamat sampai..
Aku tak tahu knpa aku xde rasa takut langsung sepanjang malam tu.. Maybe sebab aku yakin Allah jaga aku. Keyakinan aku tu kuat. Sebab tu kot. Even bro yg ilmu dia tggi dari aku tu pun pelik dgn aku. Pelik n kagum maybe. Entahlah..

Terima Kasih daun keladi kepada bro stranger..Khairil x silap aku namanya..
Terima Kasih Ya Allah kirimkan teman sementara dikala aku dlm situasi tersebut..

P/s- pak cik tu bukan melayu tau..tgk macam anak mamak/mami penang atau pun india muslim.. so sape2 yg keseorangan kat area tu hati2 lah ye..


..........This is lesson in my life and it should be lesson for you too.........

Daaa...





I'm Sorry For Late

Warghhhhhh... Hari ni aku terlewat  ke class... Kali ni betul2 xsengaja. Aku tersalah masa. Aku ingat class start pkul 11. Aku cuba datang awal sebelum pkul 11 sebab ada presentation. Tengok2 aku salah masa. Terkejut berok aku bila sampai class tgk dah ada group tengah present! 

"Eh? Kenapa dah ada yg present? Kan baru pukul 10.55?? Aku intai dari pintu. Terus teringat yg class tu start pkul 10.. Bukan pkul 11... Waaaaaaaaa T__T  

Aku masuk class dan duduk. Pamdang belakang cari group member. Nampak Nursiah kat belakang. Terus aku tanya dia "Dah present ke?" Dia ckp "dah, group first tadi..  Memang serba salah gila aku rasa. 
Lepas habis class, aku terus pegi cari group member yang lain dan mintak maaf kt diorang.. Betul2 aku mintak maaf. Yelah, effort diorang dah banyak utk buat report dan research tu kalau nak dibandingkan dgn aku. tup tup, presentation pun aku terlepas.. Maafkanku Alya, maafkanku Aini..

 Korang dualah yg banyak contribute dalam research tu.. I'M SORRY......

Kepada Yen, Nursiah, Alya dan Aini, terima kasih banyak2.. Walaupun saya tak sempat present part saya, korang dah tlg cover dan markah present kita kongsi bersama...(tak adil rasanya..) 

Tapi nasib baik lah madam xtanya kepada tak cukup sorang time present hu..fuhh.. Alhamdulillah..

Diorang ni coursemate yang baru dikenali, tapi diorang mmg baik sangat2..

Wish u all the best of luck for next assignment and final exam.


Resepi Cheezy Wedges Yang Senang Giler

Minggu2 terakhir sem ni adalah minggu2 yg memenatkan dan men'stress'kan warga pelajar semua..


WARGHHHHHHHH...assignment byk yg due minggu ni, minggu depan.. Cara nak me'release' tension adalah dengan memakan makanan yg kita suka..huhu.. Teringin ni g KFC nk cheezy wedges dia..tp skrg ni dalam proses berjimat cermat, tetiba ada kentang pulak kat rumah. Banyak pulak tu. Apa kata kita buat jelah wedges sendiri..hehehe.. Ada org baik hati beli kentang buat spare makanan kat rumah..tq tq tq


Nak resepi? Meh nak bagi..


p/s: resepi mudah ni sesuai utk beginner, resepi ni tak complicated pon.. yg dah expert jgn byk bunyik lak..hehe



Bahan-bahan A:
1) 5 biji kentang
2) 3 sudu besar serbuk kari
3) 1 sudu besar serbuk lada hitam.(lada putih pun boleh)
4) garam
5) minyak untuk menggoreng


Bahan-bahan B:
1) 2 sudu besar serbuk cheese powder
2) air
3) mayonis

Cara-cara:

1)Belah kentang mengikut potongan wedges & basuh sehingga bersih (kulit nak buang boleh, tak buang pun xpe)

2)Rebus kentang hingga empuk, letak garam 1 sudu kecik dalam air utk rebus tu k..(tapi jgn biar lama sgt, takut kentang senang patah bila dah terlebih empuk)

3)Toskan(ada ke org tak tahu maksud toskan ni? maksudnya keringkan air la, letak dalam penapis ke..)

4) Gaulkan kentang dgn bahan A tadi sehingga sebati. (Garam xpayah letak dah pun xpe.. Takut masin sgt nnt..)

5) Perap dalam 15minit -30 minit.(jgn terkejut kalau ada air yg kluar bila perap,Tu perkara biasa.Air kentang yg kluar tu bgus utk smemudahkan bahan perap masuk dalam kentang)

6) Panaskan minyak dan goreng sampai keperangan or kemasan gitu..Balikkan kentang. Angkat dan toskan.

7) Bancuh cheese powder dgn air panas dan masukkan dalam botol yg berlubang. Air tu agak2 je, jgn byk sgt. Biar sebati dgn cheese powder tu je.

8) Picitkan cheese atas kentang, picitkan mayonis jugak..Nak tambah sos pun boleh..Sukati korang la..huhuhu




Dah siap....boleh makan....yeay!!



First try..
Ni lah hasil dia, garing diluar empuk didalam..



Second try xcantik sebab kurang serbuk kari..



Terliur tak??hehe.. ni gambar dari google.. hehe


Saya punya hasil xde gambar yg letak cheese & mayonis..hehe..Dok main cicah2 je lagi best..

Cane? senang kan? Apa kata try buat.. Selamat mencuba..

Daa..

BAHAYA minyak masak recycle





Minyak masak kalau dah guna banyak kali memang akan tukar kaler jadi hitam. tengok gambar kat atas pun dah geli kan? iyeeekkk.. Sesetengah daripada kita tak tahu pun minyak tu hitam sebab dah pakai byk kali.Terutamanya jika menu yang digoreng tu AYAM GORENG BEREMPAH. Diorang ingat minyak tu hitam sebab rempah tu...
Nak tahu kenapa bahaya? Baca sampai habis..

Pusat Racun Negara baru-baru ini memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali. 

Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati. Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang. 

Selain itu Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, yang telah menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam peket 1kg 

Kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja. 

Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah. Ia biasa digunakan oleh segelintir peniaga jalanan dan pengusaha restoran bagi menjimatkan kos perniagaan. 

Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula. Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, para pengguna mestilah meninggalkan tabiat makan di luar dengan memasak sendiri makanan. Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama yang tidak perlu dipertikaikan lagi adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal. 

(Minyak Sawit Sri Murni antara minyak yang berkualiti)

Cadangan saya, elakkan menggunkan minyak masak yg sama berulang kali dan kalau nak beli makanan kat luar, intai dulu minyak dalam kuali dia.Tengok warna apa minyak tu..

Semoga info ni berguna..




sumber: http://beritamyon9.blogspot.com
            : google



Resepi KARI IKAN MAMAK STAIL versi anak dara..

WAHH..lama betol x update blog.haha.. Almaklumlah busy memanjang..Busy dengan urusan dunia lah katakan.. Sebenarnya banyak benda nak di cerita cuma tak ter cerita je.. Kali ni nk share resepi je lah.
Resepi ni saya try try sendiri je..
KARI IKAN MAMAK STAIL versi anak dara..


Kalau nak diikutkan, orang masak kari mesti pakai santan kan? Nak nak pulak kari versi melayu, tapi kari mamak/ india ni diorang masak xpakai santan. Cara saya masak simple je sbb xberapa suka pakai rempah2 seperti yg selalu mak mak kita buat. Saya xpakai jintan manis, jintan putih, bunga cengkih, 
kayu manis semua x pakai..hehe..

Resepi ni utk makan 4 org. Hari tu saya buat utk makan 2 org, tapi kitorang makan utk tghari dan malam sekali.hehe

p/s;saya tukang masak amatur lagi.Masak utk diri sendiri, kawan2 dan family je.Maybe x terer cam akak2 dan mok cik2 kat luar sana tu..huhu


Bahan-bahan blender :
*4/5 ulas bawang merah
*4/5 ulas bawang putih
*1 genggam cili kering(setiap 1 cili tu sy belah tengah utk buang biji2. sebab saya xsuka kalau ada banyak biji2 tu..)

Bahan lain:
*Ikan (Nak sedap pakai ikan merah.saya pakai ikan yang spesies sama dgn ikan merah gak.tp tak tahu nama ikan tu...kuang kuang kuang :p )
*Bendi
*Tomato
*Serbuk kari 2 paket kecil (saya pakai adabi &babas)

Cara-caranya:
1- Bersihkan cili kering,rendam sekejap dan rebuskan dalam air yg telah mendidih.(utk buang pedas yg over dan utk cili cepat masak).Rebus lebih kurang 2/3 minit.Toskan.
**

2-Bersihkan bawang merah dan bawang putih, blender bersama cili kering tadi.Jgn lupa masukkan sedikit air.
**

3-Panaskan minyak dalam kuali/periuk.
**

4-Tumis bahan2 yg telah diblender sampai pecah minyak. Minyak mesti cukup supaya bahan2 tu cepat masak dan pecah minyak. Klau tengok bahan2 tumis macam kering sbb xcukup miynak, tambah lagi sikit minyak(pndai2 ejas sendiri). Agak2 dalam 10 minit sampai bahan2 tu dah masak dan pecah minyak(kaler dia pun akan berubah.lebih pekat)
**

5-Masukkan secawan air dan kacau.
**

6-Bancuh serbuk kari dalam mangkuk dengan sedikit air.Buat dia jadi paste.(saya pakai 1 setengah je serbuk kari tu)
**

7-Masukkan paste kari dalam kuali dan kacau hingga serbuk kari sebati dan masak.Lebih kurang 6-10 minit.
**

8-Masukkan ikan yg telah dibersihkan dan gaul2 supaya bahan2 sebati dengan ikan.
**

9-Masukkan air asam jawa sedikit(kira2 1/2 sudu asam jawa yg telah dicairkan bersama sedikit air )
**

10-Masukkan air selebihnya sehingga ikan tenggelam.Kacau2 sikit sambil masukkan lah garam 
secukup rasa.
**

11-Tunggu hingga  ikan masak. Kalau tengok kuah dah mendidih dan meredak tu tandanya ikan dah masak lah. Kalau nak cepat masak, tutup periuk atau kuali dengan penutup(Tapi jgn leka sudah takut kering pulak kuahnya)
**

12-Bila kuahnya dah mendidih, saya suka slowkan api supaya kuah xkering.hehe.(time ni blh la rasa kuah tu ckup masin ke tak,cukup masam ke tak. Klau xckup masin tambah garamlah) 
**

13-Pastu bolehlah masukkan bendi yang dah dibersihkan dan dipotong kepala bahagian atas dan ekor pun saya suka potong sikit.nampak cantek dan senonoh sikit sayur kita.hehe
**

14-Tutup balik penutup, besarkan api. Tggu hingga bendi hampir masak.
**

15-Kalau xpandai tgk, ambik garpu, cucuk bendi tu.Kalau dah lembut dan garpu blh tembus kira ok lah tu.(Jgn sampai bendi terlebih lembik sudah.xsedap nanti)
**

16-Masukkan tomato yg dah dibersihkan dan dipotong 6. Nak potong 4 pun boleh.
**

17-Tggu tomato lembik dan masak sikit.Jangan lama sangat sebab nanti tomato hancur.
**

18-Bila tomato dah masak, bolehlah tutup api.
**

19-Sedia untuk dihidang dan bolehlah melantak dengan nasi..hehe












Bau dia mmg perghhhhhhh...Roomate cakap sedap. Saya bagi mak cik tuan stall yg tempt saya kerja part time tu try. Dia pun ckp sedap!!

Alhamdulillah..Kenyang makan kari buatan sendiri..Puas hati sangat..hehe..
Menjadi gak first try buat kari tak guna santan..hehe

Kepada yg membaca, selamat mencuba..!!!


Once upon 29 March


I turned 23 already!! OMG.. haha.. As remember, this is the best birthday celebration  ever!

Thanks so much for the trip, treat, and the present.

Sehari suntuk kitorang jalan2.

For my mom, maceh mak sebab lahirkan anak mu yg terbaik ni..huhu.. Dirimu sentiasa ku ingat selalu walaupun xcall hari2.. Kalau call hari2 nanti mak marah pulak. (Actually sbb dia xnak anak dia ni bazir duit beli topup.hehe)


JOM jalan!


Eh Ezad?Sakit perut ke..hehe



Muka semacam je sbb mata pedih tahan panas terik..




PEACE!!!

Ni lah dia Masjid India kat Kuching Sarawak



Try Tartufo & Tiramisu KFC dulu..



Peace yo!



Dinner time

Apa tengok2?? Xpuas hati masuklah..haha


Inilah dia org yg dah berjaya menambat hati anakmu ni mak.Tu la dia orgnye..Ha,, yelah yg baju belang2 cam kuda belang tu..Dia lah..hehe

Doa mak sentiasa bersama kami.Mak doakan kami berjodoh ye mak.Org suka dia. Baik & pandai masak juge.hik hik hik..

Thats all for this entry.Takut ada yg muntah hijau je nanti.






30 orang pertama dalam Islam- just share

Tengah godek2 laptop tiba2 terjumpa file tentang 30 org pertama dalam Islam ni. Alang2 aku free jap ni apa kata aku share jelah..Mana tahu ada yang tercari2 info ni.

1. Orang yang pertama menulis (بسمالله) Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada
hari qiamat : 
Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah
pada hari qiamat : 
Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
Sayyidatina Hajar 

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh
hijrah :
Umar bin Al-Khattab 

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah
dalam Islam : 
Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah 

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : 
Sumayyah binti Khabbat 

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /
lembaran : 
Abdullah bin Amru bin Al-Ash 

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan
fisabilillah : 
Saad bin Abi Waqqas 

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan adzan: Bilal bin Rabah 

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : 
Ali bin Abi Tholib 

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi
SAW : 
Tamim Ad-dary 

19. Orang yang pertama menghunus
pedang dalam
perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam 

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan 

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : 
Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib 

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan 

25. Orang yang pertama membuat
perpustakaan awam
Harun Ar-Rasyid 

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar
Al-Khattab 

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas
Rasulullah SAW : 
Ali bn Abi Tholib 

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil
Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair 

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : 
Nabi Muhammad SAW. 


p/s; kepada bakal2 ibu semua blh lah letak nama baby tu sempena nama org2 pertama dalam Islam ni kan..thumbs up!! hehe

Daa..

Bubur jagung? Eh! Pengat pisang laa

I really like to eat and that's why I like to cook..
Saya tak expert, tak terer, sebab saya masih belajar memasak..

Entri kali ni nak share resepi lah..hehe

Haritu kawan cakap teringin nak makan bubur jagung, Dia macam nak minta tlg masakkan untuk dia sebab dia stay kolej xboleh masak dalam bilik.(kesian) So, sbg kawan yg stay luar kolej ni blh la masak utk dia. Tapi time masak haritu time hujung minggu, xsempat nak hantar kat dia pun sebab rumah sewa jauh sikit dari u. Yang kelakarnya, otw nak buat bubur jagung tu tiba2 resepi bertukar menjadi pengat pisang tp dalam pengat tu still ada la jagungnya.haha.. Tetiba ter'invent' resepi baru.Sebab tu lah tajuk entri ni cam pelik sikit.haha


Apa pun namanya, rasanya mmg sedap perghhhhhh...haha..xcaya? try lah..


Bahan-bahan: 
1)Jagung dalam tin
2)Santan
3)Pisang yang dah masak.bukan pisang yg hijau atau putik lagi..hehe
4)Gula kasar
5)Gula melaka/Gula Apong(saya pakai gula apong sebab kat Sarawak gula apong ni mmg femes.Dia sama cam gula melaka, tapi dlm bentuk cecair.)
6)Air dan garam
7) Sagu (tak nak pakai pun xpe)


Cara-caranya:
1) Rendam biji sagu dalam air (dalam mangkuk)

2) Didihkan santan. Kalau pakai santan pekat, tambah air sikit. Tengok lah kepekatan tu ikut citarasa korang. Kalau saya buat - santan 1 cawan, air 2 cawan.

3)Bila santan dah mendidih, masukkan jagung dalam tin tu dgn air2 dia sekali, barulah rasanya nanti powerrr..

4)Lepas masukkan jagung, terus masukkan gula kasar yg putih tu dalam 3,4 sudu

5)Masukkan gula melaka setengah keping. Kalau suka manis, masuk lah lebih sikit. Saya pakai gula apong, 2/3 senduk saya letak.Sebab gula apong xsemanis gula melaka.

6)Bila kuah dia dah macam meredak berbuih, dan menggelak sikit2, masukkan je terus pisang yg telah dipotong kecik2(tp jgn potong kecik sgt, nnt pisang cepat hancur lak)

7)Masukkan garam sikit je. 1/2 cubit gitu.

8)Kacau2 lah dia sampai korang tgk pisang tu dah mula lembik.

9) Test power dgn merasa kuah dia, Ambik sudu, rasalah manis ke x. Kalau korang xpuas hati, pandai2lah tambah gula melaka. hehe

10)Last sekali trus masukkan sagu td. Sagu tu kan  dah direndam awal2 sebab nk bg dia kembang.(mak yg ckp.hehe)

11)Kacau kejap je, bg sagu mandi manda jap terus tutup api.

12) Bolehlah makan..hehe..



Taraa!! Dah siap. Ni lah rupa dia..



The making of..





Ada org cakap sejuk2 pun sodap. so saya pun letak lah ais.haha..memang perghhh..

Sebenarnya mmg nak buat bubur jagung, otw tgh masak tu tiba2 ternampak pisang. Dah lama jugak xmakan pengat pisang, apa lagi terus potong pisang tu dan masukkan je..hehe

Sebab cara buat bubur jagung dgn pengat pisang ni xjauh bezanya..Bahan pun sama. Tapi biasa org buat pengat pisang xletak jagung & sagu. Tapi kalau letak pun sedap jgk..


Ok dah selesai resepi..Boleh lah cuba..Senang je kan..

Tiny Rainbow