BAHAYA minyak masak recycle





Minyak masak kalau dah guna banyak kali memang akan tukar kaler jadi hitam. tengok gambar kat atas pun dah geli kan? iyeeekkk.. Sesetengah daripada kita tak tahu pun minyak tu hitam sebab dah pakai byk kali.Terutamanya jika menu yang digoreng tu AYAM GORENG BEREMPAH. Diorang ingat minyak tu hitam sebab rempah tu...
Nak tahu kenapa bahaya? Baca sampai habis..

Pusat Racun Negara baru-baru ini memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali. 

Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati. Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang. 

Selain itu Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, yang telah menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam peket 1kg 

Kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja. 

Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah. Ia biasa digunakan oleh segelintir peniaga jalanan dan pengusaha restoran bagi menjimatkan kos perniagaan. 

Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula. Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, para pengguna mestilah meninggalkan tabiat makan di luar dengan memasak sendiri makanan. Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama yang tidak perlu dipertikaikan lagi adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal. 

(Minyak Sawit Sri Murni antara minyak yang berkualiti)

Cadangan saya, elakkan menggunkan minyak masak yg sama berulang kali dan kalau nak beli makanan kat luar, intai dulu minyak dalam kuali dia.Tengok warna apa minyak tu..

Semoga info ni berguna..




sumber: http://beritamyon9.blogspot.com
            : google



2 comments:

  1. Hi.. info sgt berguna.. dulu pon selalu guna balek minyak yang dah pakai.. hehe :D tapi lepas dpt tau pasal hal ni mmg dah stop.. harap la xde pape effect selama guna sebelom ni.. blogger baru disini :)

    ReplyDelete
  2. Hai Hana..Semua org pun suka guna balik minyak masak yg sama sebab nak jimat..hehe..Saya pun sama, tp lepas dah tahu bahaya, next time stop terus..

    ReplyDelete

Tiny Rainbow