Puisi terindah hari ini

Assalamualaikum..
Meh lah baca puisi yang indah lagi sadis dan tragis ini..

Pagi yang indah ku bangkit dan terus ditemani laptop kesayangan,
Kami berdua bersama-sama menelaah nota,
Didalam suram cahaya kami setia bersama,(xbuka lampu sbb roomate tido)
Setiap bait kata ku teliti dan fahami,
Untukku luahkan di kertas exam Psikologi Kognitif nanti,

Masa berlalu tanpa disedari,
Akhirnya tiba untukku mandi,
Kena sedari pagi lagi ku terasa diriku masih wangi,(hehe..perasan)
Lantasku gagahkan kaki melangkah ke bilik mandi,
Kerana bimbang pula ada yang pengsan waktu exam nanti,

Ku bersiap pantas untuk ke dewan exam,
Kerana khuatir terlewat sampai,
Ku berjalan ke dewan exam yang jauh lagi memenatkan itu,
Kulihat banjiran manusia disitu,
Lama ku tunggu tetapi masih tiada arahan untuk masuk,

Akhirnya seorang lecturer disitu bersuara,
Ku terdiam, termangu, terpana, terpina, terbinar, terbengang, terbengkek disitu,
Kerana exam tersebut ditunda,
Ditunda kerana clash tempat exam dengan fakulti lain,

Oh...goramnyo den raso..ponek den study ha..
Subjek esok pun den tak baco lagi..
Takpolah.ado lah hikmahnyo kan..
Lopeh tu den balik bilik lah apo laie nak buek..

Balik je bilik ada info kat FB pasal tarikh yang ditunda tu..esok malam..So esok ada 2 exam lah..Pagi dan malam..

Itulah dia perancangan Allah.Kita tak pernah tahu apa yang akan jadi.Macam mana baik dan teraturnya perancangan manusia tu kalau Allah berkehendak yang lain, lain lah jadinya..So, think positif ada hikmah setiap apa yang jadi tu kan..

Dah nampak 2 hikmahnya:
1) Dapat study lama sikit untuk subjek pagi esok..Introduction to Linguistic Analysis.
2) Dapat lah kawan Cik Nilam sorang tu makan tengah hari dia awal sikit.Sebab lepas dapat tahu exam tunda tu terus je balik ajak dia pegi makan.(kalau x, x tahu lah sampai pkul brapa dia nak biarkan perut dia bergendang lagu rock tu..huhu..poyo je- padahal boleh je dia beli sendiri.. :p )

Sentiasa ucapkan syukur..Alhamdulillah..Thanks Allah..I love u Allah..
Daa..



2 comments:

  1. patutlahhh dengar citer exam tunda ni ha kat twitter..rupa2nya betul deh...good luck!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Mira Zamri.. Wahh..femes ke benda ni kat Twitter?hehe.. Gud Luck jgk

      Delete

Tiny Rainbow