Terciptalah Suatu Sejarah

Terciptalah suatu sejarah,
Wujudmu di persada negara,
Dibumi kenyalang Bertuah...

eh eh eh..ni lagu UNIMAS lah.. hehe

Anyway Terciptalah Suatu Sejarah adalah tajuk puisi/sajak yang telah mendapat johan dalam Pertandingan Puisi Kolej.. 
Nama puisi diambil sempena lirik first lagu UNIMAS.hehe
Sebenarnya tak sangka langsung dapat menang.Puisi ini ditulis dalam masa yang sangat singkat lebih kurang 20 minit kerana hal2 tertentu. (last minute punye keje la)
Tema puisi ialah perpaduan..
Hayatilah..


Telah terbentang luas sebuah bumi atas kehendak pencipta
Bumi yang dihuni penduduk Melayu pada mulanya
Sejarah tercipta disetiap titisan darah pejuang
Juga titisan darah beserta air mata penghuninya
Demi mempertahankan sebuah Negara tercipta

Sejarah tercipta di setiap ampainya yang berbunga-bunga
Merobek jiwa yang dahagakan kemerdekaan
Meruntun hati setiap insan yang dalam ketakutan
Mereka sedar semua ini dugaan Tuhan
Bersabarlah hati, hanya itu yang mampu mereka monologkan

Zaman hitam itu penjajah datangkan kaum Cina dan India
Untuk meningkatkan ekonomi Malaya
Dan dari situlah bermulanya detik Negara mendapat saudara baru
Ya, mereka tidak sebangsa dengan kita
Tetapi kita semua satu bangsa
Kita bangsa Malaysia

Hari ini bunga yang indah di Malaysia
Kian bertambah indah menjadi Taman Syurga Dunia
Keharmonian hidup bersama tanpa mengira adat dan keturunan
Menyatukan hati mengeratkan perpaduan

Pelbagai kaum di semenanjung Malaysia
Juga di Sabah dan Sarawak begitu asyik bersaudara
Hingga terkadang terlupa perbezaan kita
Ya, kita punya beza
Tetapi beza itu biarlah dipandangan mata cuma
Asalkan hati tetap bersama demi Malaysia


No comments:

Post a Comment

Tiny Rainbow