Entry kali ni rasa cam
nak cerita kisah aku masa kali yang ntah keberapa ntah nak balik semenanjung.
Aku terbang dari KIA(Kuching International Airport) ke klia2.-rasanya semua org
pun tahu kan klia2 tu stand for apa kan..
Ok, teruskan
cerita...hmmm camne nak mulakan ni ek.. errrrr... ermmm... ok ok camni lah,
sesampai je kat kat klia2 tu lebih kurang dalam pkul 11.45pm. Aku naik flight
malam sebab aku bajet senang sikit aku nk gerak pd waktu siang hari kat KL tu
nanti utk cari tiket bas balik Kuantan. Aku pikir nak naik bas awal pagi lah
dan sementara tu aku lepak dan tido kat surau Puduraya tu nanti. Sebab kat klia2
tu aku xtahu surau dia kat mana. Aku pun dah cam malas nak cari. Terus aku
pikir baik pegi je terus kat Puduraya tu and then tggu je bas untuk balik
Kuantan kat sana. Aku terus beli tiket dari klia2 tu ke Puduraya. Tiket bas
pukul 12am. Sebelum ni penah je aku sampai KL malam2 buta. Penah je lepak tggu
bas kat Puduraya malam2. Tapi nasib malang yg menyebelahi aku kali ni. Aku
sampai je puduraya kali ni tergamam, terdiam, terpina, terpana aku dibuatnya..
Guess what???
Terminal Puduraya tu
tutup. Dah la aku ni pompuan sorang2 pulak tu.. Sebelum ni ok je dia bukak aje
bila2 aku sampai sana. Aku pikir maybe mmg dia tutup time bulan puasa
kot..Adoyai.. time tu baru pukul 1.30am(lebih kurang lah) Nampak ramai jugak
lah org yg tersadai kat tepi jalan luar terminal tu. Semua pun kes cam aku gak
kot. Tak tahu yg terminal tu tutup. Hasil bualan dgn pak cik2 yg sgt peramah,
aku dapat tahu terminal tu bukak pukul 6am. Ya Allah..... skrg pkul 1 lebih.
Aku kena tunggu tersadai kat luar ni lebih kurang selama 4 jam??????
Aku xtahu nk buat apa.
Apa yg terfikir ialah duk tggu jelah kat situ selama 4 jam tu. Ada la sorang
pak cik teksi ni yg tersangat peramah, tanya aku macam2.
Mula2 aku ingat dia just ordinary pak cik teksi di antara ramai2 pak cik teksi
kat sana sbb mula2 dia tanya soalan basic je- nak pegi mana, dari mana camtu..
Tapi aku jadi pelik sbb lama2 over pulak soalan2 seterusnya tu. Tanya ada pakwe
ke x lah.. dia ada tanya camni “nak x saya hantar pegi mana2 hotel murah2
dekat2 sini. takkanlah awk nk tggu 4 jam kat sini? Lama lagi ni..”
Haaa..soalan tu buat
aku bertambah pelik dan curiga dgn dia ni.
“Eh.takpelah pak
cik.saya tggu sini je.”
Dia tanya aku soalan yg
sama byk kali jgklah. Dia siap ckp “sy hantar awk kat hotel dekat2 sini
je..boleh la awk tido dulu..takkanlah awk nak duduk sini 4 jam..pagi esok saya
hantar awk kesini semula”
Dan aku asyik menolak
dgn berbagai alasan.
TETAPI.. dia tak putus
asa..ada je benda yg dia nak borak..Aku layan bodoh2 je..Mengenangkan dia tu
aku amggap org tua dari aku, sbb tu aku xsound dia. Nak xnak je aku dgr apa dia
ckp.. Aku tgh chat dgn buah hati aku time tu, so aku asyik pandang2 hp je..Sambil2
online fb gak time tu..Bila dah lama dia borak tu maybe dia pun dah boring kot.
Dia pun berambus dari depan mata aku.
Tapi xlama lepas tu dia
dtg balik. Masih nak borak dgn aku. Masih nak kacau aku. Dia ajak aku pegi cari
hotel lagi. Dia ckp dia naik moto hari ni sbb dia xbawak teksi harini.. Aku pun
lagi lah pelik dgn si tua ni. Dia
xnampak ke beg aku yg besar ni? Kalau ye pun dia ikhlas just nak hantar aku ke
hotel untuk aku rehat n tido kat sana, xkanlah dia tak terfikir nak bawak beg
bagasi aku tu camne? Dan seperti biasa, aku terus menolak dan menolak ajakan yg
penuh dgn agenda tu.. Aku dah x berprasangka baik dah kat dia. Seriously curiga!
Dia ada ckp “ ambiklah
no hp sy, nnt lain kali dtg KL awk blh contact sy lagi..” hahaha..pastu
diatanay aku pakai line apa. Aku ckp maxis,terus dia xjadi.haha........dia
xpakai maxis la tu... Syukur sgt.. Kalau dia mintak no aku pun, mmg aku xkan bagilah...!!
Eh eh eh.. bukan tu je
yg buat aku curiga tau.. Ayat biasa yg aku guna utk tolak ajakan dia tu, “
Takpelah pak cik, saya tak nak pegi mana2 pun..takpe lah sy tggu sini je..” Dia boleh ckp camni, “ Jgnlah panggil saya pak cik..saya muda
lagi..belum kawin pun lagi..baru 30 lebih.. panggillah abg..Abu ke..nama saya
Abu”
HAHAHAHA..meluat tak???
Aku tersengeh cam kerang busuk aje..Ehek ehek ehek (dalam hati aku Allah je
tahu apa aku rasa..super-duper annoying) HAAA.. ayat dia tu semacam je kan..
Tak lama lepas tu dia
blah lagi sekali. Dia pegi kat sebelah sana yg lebih kurang just 5 meter dari
aku. Kat situ ada sebilangan bro2 yg umo maybe lebih kurang aku gak la kot. Aku
pun xperasan sgt sbb aku tengok sekali imbas je kat arah tu. Lagipun ade public
phone yg menghalang pemandangan aku ke arah sana tu.
Semestinya aku rasa
lega sgt sebab pak cik tu dah blah dari depan aku. Sambil duduk, aku online fb
jelah. Smbil2 tggu chat dari buah hati. Tiba2 ada seorang bro ni dtg depan aku
bagi salam.
“Assalamualaikum kak,
maaf ganggu saya....” Terkejut, aku angkat kepala pandang depan. Mak aihhh..
Sape pulak ni.. Gaya cam org dtg nak jual barang pun ade. Muka cam budak baik,
bagi salam pun siap ada body language lagi. Tapi xde pegang barang pun. Badan
boleh tahan sado. Tapi aku xheran pun tu. Just terfikir xkanlah jurujual kot??
Aku jawablah salam dia tu.. Dia ckp dia saje tegur aku sebab tadi pak cik teksi
tu citer pasal aku. So dia tahu la yg aku dari klia2, skrg tggu bas pukul 8 nak
balik Kuantan..bla bla.. ok. Dia tahu dan dia tanya lagi macam just nak tahu
aku dari u mana, u oversea ke sbb dia tahu aku dari klia2 kan.. Tanya ambik
jurusan apa kat u la.. Bila dia tanya ambik jurusan apa kat u tu aku dah
pelik..
“ERR..eh. kenapa tanya?”
Aku palik sbb dia tanya jurusan apa? Dia sape, knpa nak tahu pasal tu. Macam
xsesuai je soalan tu dgn situasi masa tu.. Rupa2nya dia pun student. Patutlah
beria nak tanay aku ambik jurusana apa bagai..Dia student Universiti Al-Azhar.
Dia tunjuk student kad dia. Dia tu part time ustaz kat Malaysia. Dia tengah
balik cuti raya cam aku jugaklah. Dia borak dgn aku. Dia ckp saje nak borak dgn
aku sbb dia tgk aku pmpuan sorang2 kat situ time2 camtu. Dia ckp aku berani.
Dia ckp mula2 dia nmpak aku tu mmg dia terkejut sbb aku sorang2. Dia ckp
kawasan tu bahaya. Sbb tu dia tertarik nak borak dgn aku. Kiranya di cam nak
hilangkan bosan aku sambil2 teman aku jgk lah. Lagi 1, dia ckp dia mmg perasan
lama dah yg pak cik tu borak lama gila dgn aku. Dia ckp pak cik tu cam lain
macam je. Cam ade niat lain la maksudnya...
Last2 dia ajak aku
minum kat kedai mamak seberang jalan dgn dia. Aku mmg xde rasa nak bergerak
kemana2 pun time tu.. Aku pikir nak tggu je sampai pkul 6, terminal tu buka.
Tapi dia mcm dok ajak2 aku gak. Dia sruh aku pegang handfon dia dgn wallet dia
skali sbb nak yakinkan aku lah.. Ok. Akhirnya aku ambik wallet n handfon dia.
Dia angkat bagasi aku. Kitorang lintas jalan, duk minum kat kedai mamak
seberang jalan. Dia duk tnya la sikit2 pasal aku.. Dia yg byk ckp. Dia citer
pasal diri dia, tunang dia, apa kerja dia pnah buat, tempat study dia
semua..bla bla bla..Pastu citer pasal pak cik tu... Dia bengang bila dgr apa yg
aku citer pasal pak cik tu.. Dia citer pak cik tu borak apa dgn dia tadi. Pak
cik tu ckp style pak cik tu ambik customer selalunya tgh2 malam atau pagi2 buta
kat area2 kelab2 malam dan disko sbb time tu lah mesti ada pmpuan mabuk nak
balik rumah tahan teksi.. Dia dgn modus operandinya akan bawak pmpuan tu pegi
mana2 utk buat projek dulu. Pmpuan2 tu kan dah mabuk, bahagia lah dia buat
agenda terkutuk dia tu. Dah puas baru dia hantar mangsa dia balik rumah. KUANG
AJAR TAK????
Terkejut + geli+
menyampah aku bila dgr citer bro tu.. Pak cik tu xtahu bro tu budak baik2,
ustaz, tu pasal dia selamber citer pasal dia. Dah dia habis citer baru dia
tanya bro tu kja apa. Bro tu ckp cikgu. Pak cik tu tanya cikgu apa? Mengajar
apa? Bro tu jawablah lah subjek2 islam yang dia ajar- Usuludin etc.. HAHA tahu
x apa respon si tua tu? Terkejut beroks la..malu la dia. Dia cover ckp
“ohh...ustaz lah ni??sbnarnya sy ni mmg nak berubah dah..bla bla bla.....”
Ok..dipendekkan
cerita.. Jam dah pkul 5am lebih.. Daha nak dekat pkul 6 dah. So kitorang pun
gerak lah ke tempat td. Terminal tu la.. Aku, mengharap si tua dah blah dari situ..
Ok, xnampak pun kelibat dia. Aku berdiri tempat asal aku duduk lepak tadi tu.
Bro yg teman aku ni pegi toilet jap. Tinggalkan aku sendiri. Takpe, aku ok je.
Sebab ade ramai je org sebenarnya..Mak cik2, akak2, bro2, nyonya2, pak cik2..
Kepergian bro stranger tu membuatkan si tua Abu dtg balik. Kali ni dgn moto
dia. Mcm baru dtg dari mana2 ntah.
“Eh, sorang je ke? Jom
lah ikut sy nak x? Kita pegi lepak kat taman jap sementara tggu bas awk”
“Er, xpe xpe...sy tggu
je.tak lama dah ni”
“Ala, jomlah kita pegi
kejap. Lepak kat taman bunga, borak2..nanti sy hantar awk balik kat sini”
“Takpe2, sy xnak.. dah
xlama dah ni..”
“Awk xnak knpa? Takut
eh? Takut kat saya ke?”
“Taklah..sebab mmg xnak
pegi mana2..” (sory la aku bukan jenis penakut kat org apalagi org cm ko!-
*ayat bongkak sungguh..Astragfirullah....)
“Oklah, jap eh..sy
parking moto jap, awk tggu eh..”
Belum sempat si tua
dtg, bro stranger yg sampai kat aku dulu. Aku citer apa yg si tua ckp. Bengang
betol dia.hahaha..
Pastu aku terus masuk
dlm terminal tu. Bro tu tgh tggu kawan dia dtg ambik. Dia teman aku masuk dalam
bila dia nampak kawan dia dah sampai kat parking. Dia hntar aku masuk sampai
dalam, nak make sure aku kat tempat selamat.. Dia sruh aku duduk sebelah
pmpuan. Ok, aku duduk sebelah akak yg tgh tido telangkup muka dgn beg.hehe..
Sebelum blah, bro
stranger tu ckp “terima kasih sebab sudi jadi kawan sementara saya”
“ye, sama2..terima
kasih jugak sebab teman saya n tolong saya..”
“Ok,nanti kalau bila2
terjumpa tegur2 lah ek..”
“Ok, insyaAllah..”
“Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam”
Dia berlalu dgn sekali
lambai. Aku sambut dgn senyuman terima kasih..
Cop cop cop..maybe ada yang salah faham dgn tajuk entry ni. That still stranger remain stranger to me, nothing happens after that..
.....T A M A T.....
EH EH EH..belum tamat
lagi..haha
Kisah “A Stranger I
Met” mmg dah tamat.. Sbb aku just ‘kawan sementara’ dia. Tapi kan ada lagi
dugaan aku masa kat terminal Puduraya tu..
Aku kan duduk sebelah
akak yg tgh tido tu.Antara kitorang ada sebuah kerusi. Mula2 aku letak beg
laptop aku kat kerusi tu sambil2 aku tgh main handfon. Aku tiba2 terfikir kot2
ada org nk rompak beg laptop tu.. Aku pun letak beg tu atas riba aku. Aku
peluk. Beberapa minit lpas tu ada sorang laki yg penampilan cam kurang terurus
lalu menghampiri aku. Aku terhidu bau arak yg sgt kuat (“ish..org mabuk ni...”)
tup tup. Dia duduk sebelah aku! Kerusi tgh antara aku dgn akak tadi tu.. Ya
Allah...... Punyalah byk kerusi kat sini...kenapa duduk sini???????? Geram
betollah aku.. Bau dia? Xpayah citerlah.. Aku pun kemas beg, angkat beg, blah
cari kerusi lain. Aku cari area yg xde org, kerusi kosong byk. Sbb dlm terminal
tu kedai2 xbukak lagi. Kaunter pun baru nk bukak je kot. Mmg lengang jugaklah.
Tak lama lepas tu tiba2... guess what???
SI TUA ABU datang. “
Eh, sorang je ke?”
“Yela..sorang la..”
Dia mcm perli aku
je..Dia bengang sbb aku xikut pelawaan dia la tu.. Tapi lagi dia bengang sbb
aku ikut bro stranger tadi..kah kah kah
Tapi dia lalu sambil
tegur je..pastu dia blah. Aku agak dia akn dtg balik. So, aku cari tempat lain
yg ada org.. Tak lah bahaya sgt.
Alhamdulillah..
semuanya berjalan lancar..Sehinggalah masa yg ditunggu2 tiba.. Aku bertolak ke
Kuantan..
Syukur Ya Allah..
Selamat sampai..
Aku tak tahu knpa aku
xde rasa takut langsung sepanjang malam tu.. Maybe sebab aku yakin Allah jaga
aku. Keyakinan aku tu kuat. Sebab tu kot. Even bro yg ilmu dia tggi dari aku tu
pun pelik dgn aku. Pelik n kagum maybe. Entahlah..
Terima Kasih daun
keladi kepada bro stranger..Khairil x silap aku namanya..
Terima Kasih Ya Allah
kirimkan teman sementara dikala aku dlm situasi tersebut..
P/s- pak cik tu bukan
melayu tau..tgk macam anak mamak/mami penang atau pun india muslim.. so sape2
yg keseorangan kat area tu hati2 lah ye..
..........This is lesson in my life and it should be lesson for you too.........
Daaa...
Allahuakbar, risau nya lahai.. baru je ura2 nak pergi trip sorang2.. isk.. kalau dalam malaysia pn dh cenggini, kat luar nun lagi lah ye x..
ReplyDeleteBagaimana pun, berserah pada Allah itu yg lebih baik.. DIA Maha Mengetahui