Raya di Perantauan

 First time beraya di perantauan. Jauh merentasi Laut Cina Selatan. Borneo, Sarawak here I am.
Tahun ni adalah tahun kedua aku di Universiti Malaysia Sarawak ni.Dan tahun ni aku beraya di sini.Di bumi borneo ini. Macam2 pengalaman hari raya aku rasakan.Bukan setakat pengalaman sambut raya, tapi pengalaman sebulan puasa kat sini gak.

Aku stay dgn sebuah keluarga yg dah anggap aku sebagai keluarga mereka. (Cewah, ayat cam formal giler)


Ramai org yg xtahu Sarawak ni dah maju.Korang ingat ada lagi ke org yg rumah atas pokok, org
pakai cawat semua tu? Ni dah 2015 kot..Xkanlah diorang nak pakai camtu pergi mana2. Tu pakaian tradisi saja. Tradisi nenek moyang diorang dulu.



Ni lah dia pandangan stereotype manusia. Kalau tak tahu atau xsure, jgn memandai. Aku tgk keadaan kat sini sama je dgn kat semenanjung. Tapi adalah jugak perbezaan tu.

Perbezaan yang aku nampak kat sini kebanyakkannya perbezaan menu makanan je. Contohnya kat pasar malam kat semenanjung, menu dia lain. Kita ada burger, kebab, air, kacang, mee rojak, kuih muih tradisional, nasi lemak, pakaian, sayur, ikan, ayam dll. Tapi kalau kat Sarawak ni, majoriti pasar malam dia jual makanan yg cucuk2 kat lidi ; hati panggang, wings panggang, hotdog panggang dan mcam2 lagilah. Tapi bagi aku, aku lebih suka pasar malam kt semenanjung.hehe..

Satu benda yg paling best kat sini, kebanyakkan gerai makan atau restoran cina adalah halal.Sebab tokey dia je cina, pkrja dia Islam. Ada jgk yg tukang masak dia cina, tapi mmg ada sesetengah tempat diorang berniaga tu mmg xboleh jual b*bi dan x boleh pakai alatan masak yg diragui kena bahan2 yang haram..Mmg diorang jaga kebajikan org Islam jgk lah kiranya. Pada yang xtahu, tukang masak cina masak lagi sedap sebenarnya sbb diorg xkedekut, diorang jaga customer, xnak customer lari.Contohnya kalau nak makan Laksa Sarawak yang sedap kat sini, korang carilah tempat yang cina masak.Udang pun diorang pakai udang fresh. (cth tempat makan; Kubah Ria)


Time bulan puasa haritu punyalah teruk aku mengidam nak makan mee rojak macam yg kat semenanjung tu.Kat semenanjung kalau pasar malam atau bazaar, mmg senanglah nk jumpa.TAPI...kat sini punyalah susah nk cari. Kalau ada rojak pun rojak ayam mamak je, xde yg letak mee.Rojak buah ada gak. Tapi aku nak mee rojak yg ada mee kuning pastu ada  ayam gak. Sampai ke sudah aku xjumpa mee rojak tu. Next menu aku mngidam Laksa Penang.Kat sini xramai yg pandai buat Laksa Penang yg sedap. Haritu aku cari Laksa Penang kat bazaar kat batu 7, hampir nk tergelak kat situ gak sebab aku nmpk org tu jual Laksa Penang kuah wrna putih?hahahahahaha...Dia masak xletak cili langsung..OMG... Xpelah..maafkan lah dia,mungkin dia xtahu..hihi..

Dan akhirnya pada hari keberapa puasa ntah, aku jumpa gak lah dgn Laksa Penang yg menawan hati. Korang thu x camne nak tahu Laksa Penang tu best ke x sebelum beli? First, tgk kaler kuah dia. Kuah merah cantik dan tak cair, tp jgn merah manyala sgt.Pastu tgk telo dia.Telo dia letak setengah ke atau telo tu dia potong 4.Aku, kalau tgk telo dia potong 4, terus mindset aku ckp org ni kedekut & kemungkinan besar laksa tu xsedap sebab dia kedekut ikan. Okey, pastu aku akan angkat 1 bungkus dan hidu bau dia.Kalau ada bau bunga kantan, daun kesum, kira ok lah tu. Next step pas hidu aku terus goncang2 slow sbb nk tgk kuah pekat ke x..ckup ikan ke x..kalau macam cair gila je..aku letak balik dan blah..haha Bukan apa, sebab aku xnak kecewa bila dah makan nanti

Tapi klau ibu mengndung yg mngidam, baik beli je, at least baby merasa.Next time carilah kat tempat lain yg lagi sedap..hehe..

Bulan puasa baru ni mmg terasa penat sgt sebab cuaca mmg panasssss giler doe..haha..Tapi aku puasa full tau..opss biasalah pompuan~~

Time raya tu mmg lain macam je rasanya sbab aku raya kat rumah orang.First time kot tak raya dgn family. Sedangkan mereka semua dah berkumpul..Adik beradik semua balik except me...waaaaaaa..
(xpayahlah touching sgt)

Aku cool je, pas call parents and ckp dgn adik beradik semua terubat lah rindu.Paling xdisangka2 baju raya aku termatch dgn baju tema diorang kat sana..haha..Biasalah adik beradik instinct kuat..huhu

Raya kat Sarawak ni yg paling ketara perbezaan dia ialah kalau duduk kat perumahan, mmg xmeriah sgtlah.Sebab perumhan bercampur2 kaum kiri kanan depan belakang penjuru kiri kanan semua bukan melayu, bukan Islam.Ada Cina, Iban, Bidayuh, Melanau(kaum ramai kat Mukah je tapi diorang Islam).

Tapi kalau pegi kampung melayu mmg meriah giler! Jalan kampung yg sempit tu kereta asyik dok lalu lalang. Walaupun diorang just beraya kat rumah,sampai ke malam diorang pakai baju melayu, baju kurung, just tggu kalau2 org dtg beraya agaknya..

Jgn x tahu Sarawak femes dgn kek lapis nya..dan kalau raya tu of coz setiap rumah hidang kek lapis..haha.. kek lapis kan ada byk jenis dan kaler, menarik je tgk..makan pon sodap! Selain kek lapis, minuman yg diorang akan hidang ialahhh.... air gas atau minuman berkabonat. Pelik kan? Tapi tu lah hakikatnya. Majority setiap rumah hidang air gas. Susah nk jumpa rumah yg hidang air sirap ke, sunquick ke, ribena ke..mmg susah.Klau seharian keluar beraya dari pagi sampai malam, mmg penuh perut dgn air gas..haha. Eh, tapikan rendang org sini masak best jgk tau..

1 loaf ni RM10 je.


Menarik kan kaler dia?

Klau ada yg nk dtg melancong ke Sarawak informlah.Aku blh suggest tempat2 menarik, tempat mkn menarik,sedap dan tempat menginap murah2...


Banyak sebenarnya kenangan raya kat Sarawak ni..tapi ini je lah setakat ni.Tgklah tahun depan beraya kat mana.hehe..
Tu je lah nak citer kali ni.


Daa..






Tiny Rainbow