A Stranger I Met- Allah kirim dia untukku

 
Entry kali ni rasa cam nak cerita kisah aku masa kali yang ntah keberapa ntah nak balik semenanjung. Aku terbang dari KIA(Kuching International Airport) ke klia2.-rasanya semua org pun tahu kan klia2 tu stand for apa kan..


Ok, teruskan cerita...hmmm camne nak mulakan ni ek.. errrrr... ermmm... ok ok camni lah, sesampai je kat kat klia2 tu lebih kurang dalam pkul 11.45pm. Aku naik flight malam sebab aku bajet senang sikit aku nk gerak pd waktu siang hari kat KL tu nanti utk cari tiket bas balik Kuantan. Aku pikir nak naik bas awal pagi lah dan sementara tu aku lepak dan tido kat surau Puduraya tu nanti. Sebab kat klia2 tu aku xtahu surau dia kat mana. Aku pun dah cam malas nak cari. Terus aku pikir baik pegi je terus kat Puduraya tu and then tggu je bas untuk balik Kuantan kat sana. Aku terus beli tiket dari klia2 tu ke Puduraya. Tiket bas pukul 12am. Sebelum ni penah je aku sampai KL malam2 buta. Penah je lepak tggu bas kat Puduraya malam2. Tapi nasib malang yg menyebelahi aku kali ni. Aku sampai je puduraya kali ni tergamam, terdiam, terpina, terpana aku dibuatnya.. Guess what???


Terminal Puduraya  tu tutup. Dah la aku ni pompuan sorang2 pulak tu.. Sebelum ni ok je dia bukak aje bila2 aku sampai sana. Aku pikir maybe mmg dia tutup time bulan puasa kot..Adoyai.. time tu baru pukul 1.30am(lebih kurang lah) Nampak ramai jugak lah org yg tersadai kat tepi jalan luar terminal tu. Semua pun kes cam aku gak kot. Tak tahu yg terminal tu tutup. Hasil bualan dgn pak cik2 yg sgt peramah, aku dapat tahu terminal tu bukak pukul 6am. Ya Allah..... skrg pkul 1 lebih. Aku kena tunggu tersadai kat luar ni lebih kurang selama 4 jam??????


Aku xtahu nk buat apa. Apa yg terfikir ialah duk tggu jelah kat situ selama 4 jam tu. Ada la sorang pak cik teksi ni yg tersangat peramah, tanya aku   macam2. Mula2 aku ingat dia just ordinary pak cik teksi di antara ramai2 pak cik teksi kat sana sbb mula2 dia tanya soalan basic je- nak pegi mana, dari mana camtu.. Tapi aku jadi pelik sbb lama2 over pulak soalan2 seterusnya tu. Tanya ada pakwe ke x lah.. dia ada tanya camni “nak x saya hantar pegi mana2 hotel murah2 dekat2 sini. takkanlah awk nk tggu 4 jam kat sini? Lama lagi ni..”
Haaa..soalan tu buat aku bertambah pelik dan curiga dgn dia ni.
“Eh.takpelah pak cik.saya tggu sini je.”
Dia tanya aku soalan yg sama byk kali jgklah. Dia siap ckp “sy hantar awk kat hotel dekat2 sini je..boleh la awk tido dulu..takkanlah awk nak duduk sini 4 jam..pagi esok saya hantar awk kesini semula”


Dan aku asyik menolak dgn berbagai alasan.
TETAPI.. dia tak putus asa..ada je benda yg dia nak borak..Aku layan bodoh2 je..Mengenangkan dia tu aku amggap org tua dari aku, sbb tu aku xsound dia. Nak xnak je aku dgr apa dia ckp.. Aku tgh chat dgn buah hati aku time tu, so aku asyik pandang2 hp je..Sambil2 online fb gak time tu..Bila dah lama dia borak tu maybe dia pun dah boring kot. Dia pun berambus dari depan mata aku.
Tapi xlama lepas tu dia dtg balik. Masih nak borak dgn aku. Masih nak kacau aku. Dia ajak aku pegi cari hotel lagi. Dia ckp dia naik moto hari ni sbb dia xbawak teksi harini.. Aku pun lagi lah pelik dgn si  tua ni. Dia xnampak ke beg aku yg besar ni? Kalau ye pun dia ikhlas just nak hantar aku ke hotel untuk aku rehat n tido kat sana, xkanlah dia tak terfikir nak bawak beg bagasi aku tu camne? Dan seperti biasa, aku terus menolak dan menolak ajakan yg penuh dgn agenda tu.. Aku dah x berprasangka baik dah kat dia. Seriously curiga!


Dia ada ckp “ ambiklah no hp sy, nnt lain kali dtg KL awk blh contact sy lagi..” hahaha..pastu diatanay aku pakai line apa. Aku ckp maxis,terus dia xjadi.haha........dia xpakai maxis la tu... Syukur sgt.. Kalau dia mintak no aku pun, mmg aku xkan bagilah...!!
Eh eh eh.. bukan tu je yg buat aku curiga tau.. Ayat biasa yg aku guna utk tolak ajakan dia tu, “ Takpelah pak cik, saya tak nak pegi mana2 pun..takpe lah sy tggu sini je..”  Dia boleh ckp camni,  “ Jgnlah panggil saya pak cik..saya muda lagi..belum kawin pun lagi..baru 30 lebih.. panggillah abg..Abu ke..nama saya Abu”


HAHAHAHA..meluat tak??? Aku tersengeh cam kerang busuk aje..Ehek ehek ehek (dalam hati aku Allah je tahu apa aku rasa..super-duper annoying) HAAA.. ayat dia tu semacam je kan..
Tak lama lepas tu dia blah lagi sekali. Dia pegi kat sebelah sana yg lebih kurang just 5 meter dari aku. Kat situ ada sebilangan bro2 yg umo maybe lebih kurang aku gak la kot. Aku pun xperasan sgt sbb aku tengok sekali imbas je kat arah tu. Lagipun ade public phone yg menghalang pemandangan aku ke arah sana tu.
Semestinya aku rasa lega sgt sebab pak cik tu dah blah dari depan aku. Sambil duduk, aku online fb jelah. Smbil2 tggu chat dari buah hati. Tiba2 ada seorang bro ni dtg depan aku bagi salam.
“Assalamualaikum kak, maaf ganggu saya....” Terkejut, aku angkat kepala pandang depan. Mak aihhh.. Sape pulak ni.. Gaya cam org dtg nak jual barang pun ade. Muka cam budak baik, bagi salam pun siap ada body language lagi. Tapi xde pegang barang pun. Badan boleh tahan sado. Tapi aku xheran pun tu. Just terfikir xkanlah jurujual kot?? Aku jawablah salam dia tu.. Dia ckp dia saje tegur aku sebab tadi pak cik teksi tu citer pasal aku. So dia tahu la yg aku dari klia2, skrg tggu bas pukul 8 nak balik Kuantan..bla bla.. ok. Dia tahu dan dia tanya lagi macam just nak tahu aku dari u mana, u oversea ke sbb dia tahu aku dari klia2 kan.. Tanya ambik jurusan apa kat u la.. Bila dia tanya ambik jurusan apa kat u tu aku dah pelik..


“ERR..eh. kenapa tanya?” Aku palik sbb dia tanya jurusan apa? Dia sape, knpa nak tahu pasal tu. Macam xsesuai je soalan tu dgn situasi masa tu.. Rupa2nya dia pun student. Patutlah beria nak tanay aku ambik jurusana apa bagai..Dia student Universiti Al-Azhar. Dia tunjuk student kad dia. Dia tu part time ustaz kat Malaysia. Dia tengah balik cuti raya cam aku jugaklah. Dia borak dgn aku. Dia ckp saje nak borak dgn aku sbb dia tgk aku pmpuan sorang2 kat situ time2 camtu. Dia ckp aku berani. Dia ckp mula2 dia nmpak aku tu mmg dia terkejut sbb aku sorang2. Dia ckp kawasan tu bahaya. Sbb tu dia tertarik nak borak dgn aku. Kiranya di cam nak hilangkan bosan aku sambil2 teman aku jgk lah. Lagi 1, dia ckp dia mmg perasan lama dah yg pak cik tu borak lama gila dgn aku. Dia ckp pak cik tu cam lain macam je. Cam ade niat lain la maksudnya...


Last2 dia ajak aku minum kat kedai mamak seberang jalan dgn dia. Aku mmg xde rasa nak bergerak kemana2 pun time tu.. Aku pikir nak tggu je sampai pkul 6, terminal tu buka. Tapi dia mcm dok ajak2 aku gak. Dia sruh aku pegang handfon dia dgn wallet dia skali sbb nak yakinkan aku lah.. Ok. Akhirnya aku ambik wallet n handfon dia. Dia angkat bagasi aku. Kitorang lintas jalan, duk minum kat kedai mamak seberang jalan. Dia duk tnya la sikit2 pasal aku.. Dia yg byk ckp. Dia citer pasal diri dia, tunang dia, apa kerja dia pnah buat, tempat study dia semua..bla bla bla..Pastu citer pasal pak cik tu... Dia bengang bila dgr apa yg aku citer pasal pak cik tu.. Dia citer pak cik tu borak apa dgn dia tadi. Pak cik tu ckp style pak cik tu ambik customer selalunya tgh2 malam atau pagi2 buta kat area2 kelab2 malam dan disko sbb time tu lah mesti ada pmpuan mabuk nak balik rumah tahan teksi.. Dia dgn modus operandinya akan bawak pmpuan tu pegi mana2 utk buat projek dulu. Pmpuan2 tu kan dah mabuk, bahagia lah dia buat agenda terkutuk dia tu. Dah puas baru dia hantar mangsa dia balik rumah. KUANG AJAR TAK????


Terkejut + geli+ menyampah aku bila dgr citer bro tu.. Pak cik tu xtahu bro tu budak baik2, ustaz, tu pasal dia selamber citer pasal dia. Dah dia habis citer baru dia tanya bro tu kja apa. Bro tu ckp cikgu. Pak cik tu tanya cikgu apa? Mengajar apa? Bro tu jawablah lah subjek2 islam yang dia ajar- Usuludin etc.. HAHA tahu x apa respon si tua tu? Terkejut beroks la..malu la dia. Dia cover ckp “ohh...ustaz lah ni??sbnarnya sy ni mmg nak berubah dah..bla bla bla.....”
Ok..dipendekkan cerita.. Jam dah pkul 5am lebih.. Daha nak dekat pkul 6 dah. So kitorang pun gerak lah ke tempat td. Terminal tu la.. Aku, mengharap si tua dah blah dari situ.. Ok, xnampak pun kelibat dia. Aku berdiri tempat asal aku duduk lepak tadi tu. Bro yg teman aku ni pegi toilet jap. Tinggalkan aku sendiri. Takpe, aku ok je. Sebab ade ramai je org sebenarnya..Mak cik2, akak2, bro2, nyonya2, pak cik2.. Kepergian bro stranger tu membuatkan si tua Abu dtg balik. Kali ni dgn moto dia. Mcm baru dtg dari mana2 ntah.


“Eh, sorang je ke? Jom lah ikut sy nak x? Kita pegi lepak kat taman jap sementara tggu bas awk”
“Er, xpe xpe...sy tggu je.tak lama dah ni”
“Ala, jomlah kita pegi kejap. Lepak kat taman bunga, borak2..nanti sy hantar awk balik kat sini”
“Takpe2, sy xnak.. dah xlama dah ni..”
“Awk xnak knpa? Takut eh? Takut kat saya ke?”
“Taklah..sebab mmg xnak pegi mana2..” (sory la aku bukan jenis penakut kat org apalagi org cm ko!- *ayat bongkak sungguh..Astragfirullah....)
“Oklah, jap eh..sy parking moto jap, awk tggu eh..”


Belum sempat si tua dtg, bro stranger yg sampai kat aku dulu. Aku citer apa yg si tua ckp. Bengang betol dia.hahaha..
Pastu aku terus masuk dlm terminal tu. Bro tu tgh tggu kawan dia dtg ambik. Dia teman aku masuk dalam bila dia nampak kawan dia dah sampai kat parking. Dia hntar aku masuk sampai dalam, nak make sure aku kat tempat selamat.. Dia sruh aku duduk sebelah pmpuan. Ok, aku duduk sebelah akak yg tgh tido telangkup muka dgn beg.hehe..


Sebelum blah, bro stranger tu ckp “terima kasih sebab sudi jadi kawan sementara saya”
“ye, sama2..terima kasih jugak sebab teman saya n tolong saya..”
“Ok,nanti kalau bila2 terjumpa tegur2 lah ek..”
“Ok, insyaAllah..”
“Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam”
Dia berlalu dgn sekali lambai. Aku sambut dgn senyuman terima kasih..


Cop cop cop..maybe ada yang salah faham dgn tajuk entry ni. That still stranger remain stranger to me, nothing happens after that..


.....T A M A T.....


EH EH EH..belum tamat lagi..haha
Kisah “A Stranger I Met” mmg dah tamat.. Sbb aku just ‘kawan sementara’ dia. Tapi kan ada lagi dugaan aku masa kat terminal Puduraya tu..
Aku kan duduk sebelah akak yg tgh tido tu.Antara kitorang ada sebuah kerusi. Mula2 aku letak beg laptop aku kat kerusi tu sambil2 aku tgh main handfon. Aku tiba2 terfikir kot2 ada org nk rompak beg laptop tu.. Aku pun letak beg tu atas riba aku. Aku peluk. Beberapa minit lpas tu ada sorang laki yg penampilan cam kurang terurus lalu menghampiri aku. Aku terhidu bau arak yg sgt kuat (“ish..org mabuk ni...”) tup tup. Dia duduk sebelah aku! Kerusi tgh antara aku dgn akak tadi tu.. Ya Allah...... Punyalah byk kerusi kat sini...kenapa duduk sini???????? Geram betollah aku.. Bau dia? Xpayah citerlah.. Aku pun kemas beg, angkat beg, blah cari kerusi lain. Aku cari area yg xde org, kerusi kosong byk. Sbb dlm terminal tu kedai2 xbukak lagi. Kaunter pun baru nk bukak je kot. Mmg lengang jugaklah. Tak lama lepas tu tiba2... guess what???
SI TUA ABU datang. “ Eh, sorang je ke?”
“Yela..sorang la..”
Dia mcm perli aku je..Dia bengang sbb aku xikut pelawaan dia la tu.. Tapi lagi dia bengang sbb aku ikut bro stranger tadi..kah kah kah
Tapi dia lalu sambil tegur je..pastu dia blah. Aku agak dia akn dtg balik. So, aku cari tempat lain yg ada org.. Tak lah bahaya sgt.
Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar..Sehinggalah masa yg ditunggu2 tiba.. Aku bertolak ke Kuantan..
Syukur Ya Allah.. Selamat sampai..
Aku tak tahu knpa aku xde rasa takut langsung sepanjang malam tu.. Maybe sebab aku yakin Allah jaga aku. Keyakinan aku tu kuat. Sebab tu kot. Even bro yg ilmu dia tggi dari aku tu pun pelik dgn aku. Pelik n kagum maybe. Entahlah..

Terima Kasih daun keladi kepada bro stranger..Khairil x silap aku namanya..
Terima Kasih Ya Allah kirimkan teman sementara dikala aku dlm situasi tersebut..

P/s- pak cik tu bukan melayu tau..tgk macam anak mamak/mami penang atau pun india muslim.. so sape2 yg keseorangan kat area tu hati2 lah ye..


..........This is lesson in my life and it should be lesson for you too.........

Daaa...





Tiny Rainbow